Friday, February 11, 2011

'Protes harga barang naik, undi PAS




Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Hajah Kintan Man menyeru seluruh pengundi pada pilihan raya kecil dewan undangan negeri Merlimau supaya menjadikannya sebagai medan melakukan protes terhadap kenaikan harga minyak dan barangan keperluan yang semakin menghimpit rakyat sekarang.

NONEHarakahdaily memetik Kintan swebagai berkata bahawa kerunsingan terhadap kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian sememangnya bersarang di hati rakyat. Namun rakyat khususnya orang Melayu, menurutnya, tiada kekuatan untuk mengalihkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

"Minda orang Melayu telah didoktrinkan oleh Umno/BN bahawa kenaikan harga barang ini tidak dapat dibendung dan ia merupakan perkara biasa yang tidak dapat dielakkan.

"PAS dan Pakatan Rakyat mesti berusaha gigih untuk memberikan penerangan kepada rakyat bahawa kerajaan BN hari ini gagal menguruskan kenaikan harga barang ini dengan baik sehingga rakyat semakin terhimpit dan sengsara" kata Kintan yang juga ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

NONEMenurutnya, rakyat khususnya pengundi di Merlimau mesti diberi kefahaman bahawa antara sebab berlakunya kenaikan harga barang ialah kerana meningkat kos pengeluaran dan pengangkutan disebabkan kenaikan harga minyak yang sebenarnya boleh dielak oleh kerajaan.

"Malangnya kerajaan BN sendiri yang menaikkan harga minyak dengan menghentikan subsidi walaupun pada masa yang sama keuntungan Petronas dan kerajaan meningkat disebabkan kenaikan harga minyak dunia.

azlan"Selain itu kerajaan juga gagal mengawal dan menangani masalah kenaikan harga barang yang dilakukan oleh pengeluar dan pemborong barangan keperluan sehingga semua tuntutan untuk menaikkan harga dipersetujui oleh kerajaan tanpa sebarang tindakan yang konkrit untuk menanganinya" kata Kintan ketika ditemui di bilik operasi PAS pada pilihanraya kecil Merlimau di Melaka pagi ini.

Kintan mengajak seluruh pengundi Merlimau supaya bangkit memprotes kegagalan kerajaan menangani isu ini dengan memberikan undi kepada calon PAS pada pilihanraya yang akan berlangsung pada 6 Mac ini.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]