Sunday, February 13, 2011

6 jam sehari di Merlimau.

Ketua Menteri sedia jawab tohmah


2011/02/13

 MOHD Ali  diiringi Ramli  (dua dari kanan) dan Habibul Ajmi  (kanan) ketika Program Gotong-Royong Perdana Kawasan Perindustrian Merlimau, Jasin, semalam.
MOHD Ali diiringi Ramli (dua dari kanan) dan Habibul Ajmi (kanan) ketika Program Gotong-Royong Perdana Kawasan Perindustrian Merlimau, Jasin, semalam.
MERLIMAU: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersedia menjawab segala tohmahan dan berdebat dengan pemimpin pembangkang yang menimbulkan pelbagai isu dan perkara negatif berhubung pentadbiran dan pembangunan di negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Melaka, tidak gentar menjawab segala tuduhan yang dilemparkan parti pembangkang terutama berkaitan pemberian status negeri maju, rancangan pembangunan industri dan pelancongan serta penyediaan infrastruktur di Melaka.
“Saya akan bidas dan kalau boleh saya nak online dengan pemimpin pembangkang ini... dia duduk sebelah kanan, saya sebelah kiri... saya sanggup. Saya nak jawab pada masa itu juga dan harap ia dapat dibenarkan. Itu cara terbaik untuk jawab segala tohmahan mereka,” katanya.
Mohd Ali berkata demikian selepas merasmikan Majlis Gotong Royong Perdana Kawasan Industri Merlimau anjuran Invest Melaka dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd dan Perniagaan Orang Kampung Sdn Bhd, di sini semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Invest Melaka, Ramli Mohd Ali dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Orang Kampung, Habibul 'Ajmi Manggar.

Sambil menyifatkan pemimpin pembangkang sebagai sudah kekurangan isu untuk dibangkitkan pada pilihan raya kecil kali ini, Mohd Ali yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Merlimau, berkata isu negatif ditimbulkan lawan ini sengaja dipolitikkan dan mereka tiada bukti menyokong tuduhan itu.

“Mereka tidak mahu terima hakikat dan cemburu dengan kita. Hujah mereka senang dijawab kerana ia logik. Jika mahu bandingkan Melaka dengan empat negeri di bawah pentadbiran pembangkang ketika ini, negeri terbabit masih ketinggalan dalam pelbagai aspek.
“Ini kerana mengikut rekod, pembahagian kekayaan atau pendapatan diberi sama rata, Melaka masih negeri terbersih dan ketiga-tiga kawasan perbandaran negeri ini diiktiraf kerajaan sebagai mapan selain penyediaan bekalan air dan elektrik untuk penduduk meliputi lebih banyak kawasan,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]