Sunday, February 13, 2011

"Wanita Besi" calon PAS di Merlimau?

PAS dilema pilih calon di Merlimau


2011/02/13

Sayap Pemuda, Muslimat mahu tanding

KUALA LUMPUR: PAS yang akan mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini, berdepan dilema memilih calon apabila Dewan Pemuda mahu wakil mereka bertanding, manakala pemimpin parti tidak menolak kemungkinan mempertaruhkan calon wanita.
Pada sidang media di sini semalam, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof, berkata Pemuda PAS Melaka sudah menyenaraikan lebih daripada seorang calon untuk pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Raya parti.
“Mengenai calon wanita, kita tak tahu perkara itu tetapi setiap peringkat berhak mencadangkan nama calon. Begitu juga dengan Pemuda dan Muslimat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Di MERLIMAU, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata tidak mustahil parti berkenaan meletakkan calon wanita menentang Barisan Nasional (BN).

“Saya difahamkan ada seorang calon wanita disenarai pendek oleh PAS negeri untuk merebut kerusi Merlimau daripada BN.

“Tidak mustahil beliau bertanding di sini,” katanya selepas perasmian bilik gerakan PAS oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Taman Muhibah, di sini semalam.
Salahuddin juga menolak dakwaan parti itu tidak akan meletakkan lagi calon wanita bertanding pada pilihan raya berikutan kekalahan Ketua Dewan Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39, kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim pada pilihan raya kecil DUN Tenang, bulan lalu.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lalu.

Berita Minggu difahamkan, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man, 52, ibu tunggal beranak lima adalah pemimpin wanita tunggal yang disenaraikan bersama beberapa nama lain untuk pertimbangan bagi mewakili parti terbabit pada pilihan raya kecil DUN Merlimau.

PAS dijangka menentukan calonnya hari ini sebelum membuat pengumuman akhir pada minggu depan.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]