PAS TERUS BERDEGIL..
Hari ini, lengkap sudah pengumuman calun untuk parti yang bakal menentang calun BN di PRK N27 Dun Merlimau pada 6 Mac nanti ialah dari PAS setelah dinamakan Yuhaizat Abdullah, 38, oleh Presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Jasin. Cakap-cakap sebelum ini mengatakan PAS akan menarik diri dan memberi laluan kepada PKR telah terbukti salah. Ketua AMK PKR pernah menegas dan mendesak pucuk pimpinan Pakatan Rakyat agar PRK kali ini diberikan kepada PKR rupanya tidak mendapat perhatian. Walaubagaimanapun, Lim Kit Siang awal-awal lagi telah meramalkan PAS akan kalah seandainya masih berdegil meletakkan calun mereka. Beginilah drama yang dapat kita saksikan di dalam Pakatan Rakyat. Siapa si Yuhaizat ni? Telah kedengaran banyak cerita-cerita peribadi yang kontroversi dari penduduk-penduduk Merlimau. Dalam masa terdekat, kita akan dedahkan. Tetapi serba sedikit yang kedengaran boleh dibaca di sini Tertanya-tanya mengapa Yuhaizat sanggup dikambing hitamkan oleh pemimpin-pemimpin mereka! Terdahulu, calun BN telah diumumkan oleh TS Muhyiddin: Dan hari ini, PAS pula mengumumkan calunnya; Kita nantikan sama-sama di hari pencalunan pada 26 Mac. Apakah mungkin ada calun-calun lain yang akan turut serta bertanding atau hanya BN vs PAS sahaja? Perlawanan sudah bermula... Ayuh kita pastikan kemenangan untuk BN dengan majoriti yang megah! |
Friday, February 25, 2011
6 MAC 2011 ADALAH HARI PENENTUAN
Label:
PRK MERLIMAU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment