Friday, February 25, 2011

RAKYAT DI DAHULUKAN : PM umum tiada kenaikan tol untuk 5 tahun akan datang...

PM umum tiada kenaikan tol untuk 5 tahun akan datang...

Oleh: NOR HASILAH ISMAIL

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak umum kerajaan akan menamatkan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat menghubungkn Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught berkuatkuasa Mei tahun ini.


Ketika mengumumkan demikian di Putrajaya, Jumaat, Perdana Menteri berkata penutupan tol itu adalah lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya, iaitu 2018. "Ini bermakna pengguna lebuhraya tersebut tidak perlu lagi membayar tol di lebuhraya berkenaan," katanya.


Najib berkata inisiatif penutupan awal tol itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 39 juta pengguna lebuhraya berkenaan.


Beliau turut mengumumkan bahawa tiada kenaikan tol akan berlaku untuk tempoh lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.


Beliau berkata keputusan untuk tidak menaikkan tol selama lima tahun itu dibuat berikutan kesediaan dua orang ahli koporat korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi.


Najib turut menjelaskan tiada pampasan akan diberikan oleh kerajaan untuk semakan tol yang tertunggak dan beliau berharap syarikat konsesi yang lain sama ada untuk mengekalkan kadar tol atau mengurangkannya atau memansuhkan terus demi kepentingan rakyat.


Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas peluang BN pada Pilihanraya Kecil (PRK) Tenang, Najib berkata beliau berharap pengundi memilih wakil rakyat yang berkaliber.


"Saya masih bertenang. Mudah-mudahan. Insyallah. Saya harap pengundi fikirkan masa depan mereka. Yang penting mereka pilih wakil rakyat yang berkaliber." ujarnya - 28/01/11.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]