Jangan keliru di antara PAS dan IslamIslam bukan dibawa oleh PAS. Islam agama di sisi Allah dan dibawa oleh Nabi. PAS hanyalah wadah politik yang ingin meraih kepentingan dari hukum Allah ini. Samada PAS wujud atau tidak, kita sebagai umat Islam mesti menegakkan hukum Allah dengan apa cara sekali pun. Kenapa kita perlu percaya yang PAS wujud di negara ini sebagai wadah politik yang ingin melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah? Jika begitu, apa akan jadi sekiranya PAS tak wujud didalam negara ini? Apakah kita semua tak mampu memperjuangkan Islam tanpa PAS? Selama lebih 50 tahun UMNO berkuasa menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional, apakah negara ini bertukar menjadi sebuah negara kuffar? Apakah tiada penerapan pentadbiran berlandaskan syariat Islam yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO? UMNO melakukan perkara-perkara maaruf seperti membina masjid, membina institusi perbankan Islam, sistem pembelajaran Islam melalui Universiti Islam , Tabung Haji dan juga Takafful Islam bagi kemudahan umat Islam menjalani kehidupan sosial dan juga keperluan rohani. Kerajaan yang ditunjangi UMNO juga berusaha melaksanakan konsep Nahi Mungkar melalui penyelarasan sistem syariah yang diterapkan ke dalam undang-undang sivil negara. Hukum Qisas dan Takzir juga digunapakai didalam kebanyakan perlaksanaan hukuman mahkamah Malaysia yang tertakluk kepada semua lapisan kaum. Jadi, mengapa PAS mengatakan bahawa UMNO menolak perundangan Islam? Jika Hudud yang menjadi alasan mereka, ternyata sehingga kini PAS sendiri masih kabur dengan pendirian Hudud mereka. Malah ada diantara mereka sendiri yang mengaku Hudud tak mampu dilaksanakan. Jika hendak dikatakan UMNO gagal memperjuangkan konsep Amal Maaruf Nahi Mungkar di Malaysia, PAS juga tak mampu melakukan hal yang sama di negeri Kelantan dan Kedah. Perlu diingat, Malaysia dihuni oleh pelbagai kaum dan bukannya hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja. Oleh itu, masalah sosial seperti penjualan arak, perjudian dan pelacuran serta pelbagai lagi masalah sosial tak dapat dihapuskan sepenuhnya. Kerajaan sekarang hanya mampu mengekang dan juga membataskan segala masalah ini. Begitu juga halnya dengan pentadbiran Nik Aziz di Kelantan dan Azizan di Kedah yang masih terkial-kial untuk menunaikan janji pilihanraya mereka. Bercakap memanglah senang, tetapi untuk melaksanakan semua ini bukan mudah. Semua orang boleh jadi pemimpin jika cakap kosong saja yang diambil kira sebagai KPI. Jadi, silap besar jika hendak menyatukan PAS itu dengan Islam. PAS hanya melabelkan diri mereka dengan balutan Islam untuk mencari undi semata-mata. Kalau hendak dikata PAS itu Islam, UMNO juga Islam kerana ia mempunyai majoriti umat Islam didalamnya. Jika PAS mendabik dada kononnya mereka pejuang Islam, UMNO pun begitu juga malah UMNO dilihat lebih banyak menyumbangkan usaha untuk pembangunan Islam didalam negara. Imej Islam di Malaysia berkembang dengan adanya UMNO, bukannya PAS. Dan jika ada satu pihak yang mendakwa memperjuangkan Islam dengan sekadar omong kosong, dan satu lagi pihak memperjuangkan Islam dengan perbuatan.., yang mana satukah harus dipilih? Tepuk dada dan tanyalah diri sendiri. |
Wednesday, February 9, 2011
AKU KELIRU
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment