Thursday, February 10, 2011

PROGRAM PAKATAN RAKYAT

09 February 2011
PEMIMPIN PR ZIARAH MERLIMAU BERTEMU RAKYAT
Posted by AD Wednesday, February 09, 2011, under MERLIMAU | No comments

Setiausaha Jentera Pilihanraya Negeri (JPN) Melaka, Bahiki Ismail berkata tiga orang pemimpin besar Pakatan Rakyat (PR) iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang akan melawat Merlimau dan menghadiri beberapa program yang diaturkan oleh Pakatan Rakyat Negeri Melaka.

Bahiki berkata Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan merasmikan Markaz Induk PAS PRK Merlimau di Taman Muhibbah Merlimau jam 11.00 pagi. Seterusnya Tuan Guru akan menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau di Pusat Tahfiz As-Solihin pada 8.00 malam pada hari yang sama.

"Seterusnya pada 12 Februari, Tuan Guru akan menyampaikan ceramah pada jam 9.00 malam di As-Solihin Merlimau bersama-sama dengan YB Lim Kit Siang."

"Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan berada di Melaka pada 15 Februari di mana beliau akan berceramah di Permatang Seri iaitu di rumah Hj Ibrahim Abdullah." tambah Bahiki dalam kenyataannya ketika ditemui di Bilik Operasi PRK Merlimau pagi ini.

Menurut Bahiki kedatangan ketiga-tiga pemimpin besar PR ini dilihat mampu menaikkan semangat petugas PR dan sokongan pengundi kepada PR bagi menghadapi pilihanraua kecil Merlimau yang dijadualkan pada 6 Mac 2011 i

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]