Monday, February 21, 2011

BARU KINI PAS DEKATI MELAYU...DULU KUTUK.....APA CERITA?

Dr Mahathir bidas sikap Nik Aziz
Oleh Meor Hisham Zulkifli dan Haika Khazi
bhnews@bharian.com.my
2011/02/21
Beliau cuba dekati semula orang Melayu untuk menang pilihan raya: Dr M

HULU LANGAT: Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendekati semula orang Melayu adalah perbuatan oportunis yang dilakukan semata-mata untuk memenangi pilihan raya.
“Ini membuktikan dia (Nik Aziz) tidak ada prinsip langsung. Dulu dia tolak orang Melayu... sekarang sebaliknya,” katanya semalam.
Bekas Perdana Menteri juga berkata, tindakan Nik Aziz menolak mereka yang bukan ahli PAS sebagai tidak Islam jelas menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan itu berkata, perjuangan untuk orang Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi negara, tetapi ia dikatakan bercanggah dengan fahaman PAS sebelum ini yang dilihat lebih banyak memberi tumpuan kepada perjuangan Islam dan mengetepikan kepentingan Melayu.

Di PUTRAJAYA, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menganggap Nik Aziz sudah nyanyuk kerana sanggup menukar pendirian dan menyatakan PAS juga memperjuangkan nasib orang Melayu, walaupun sebelum ini membantah habis-habisan selain mempertikaikan semua tindakan UMNO selaku parti tunggal orang Melayu.

Beliau percaya, Menteri Besar Kelantan itu tertekan untuk mengubah pendirian berikutan kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.
“Malah, saya yakin beliau sedar inilah yang menjadi antara punca utama kekalahan PAS dalam beberapa pilihan raya kecil sejak akhir-akhir ini. Bagaimanapun, apabila mereka mula lihat dan sedar undi Melayu kepada PAS mulai merosot, maka beliau berasa gentar dan terus menukar kenyataannya.

“PAS tidak boleh mewakili Melayu kerana hanya UMNO saja boleh berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pertandingan Futsal Piala Menteri Wilayah Persekutuan Peringkat Putrajaya di Presint 18, di sini semalam.

Tengku Adnan juga menafikan dakwaan Nik Aziz bahawa UMNO menyalahgunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk kepentingan golongan tertentu.

Malah, kata Tengku Adnan, DEB sebenarnya banyak membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi orang Melayu serta kaum lain di Malaysia.

“Apa yang mereka cakap adalah muslihat pemimpin pembangkang untuk mendapat kuasa semata-mata. Perjuangan UMNO bukan saja untuk membantu orang Melayu kerana kita tidak pernah pinggir kaum Cina, India dan bangsa lain,” katanya.

Ditanya mengenai penubuhan kabinet bayangan oleh pembangkang, Tengku Adnan berkata, beliau yakin mereka tidak berani melakukannya kerana bimbang akan berlaku perpecahan di kalangan pemimpin pembangkang.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]