Sunday, February 27, 2011

Golongan muda kini lebih cenderung sokong BN – Shabery

 
27/02/2011 10:54am
JASIN 27 Feb. – Golongan muda kini sudah menunjukkan kecenderungan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memahami dan memenuhi kehendak golongan tersebut, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata, golongan muda melihat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin yang banyak memberi inspirasi kepada mereka. "Kalau dibandingkan dengan keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang lepas, antara punca kekalahan BN (di negeri dan kerusi tertentu) ialah kurangnya sokongan daripada pengundi muda,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sembang bersama pemimpin belia dan kembara promosi Hari Belia Negara 2011 di Merlimau Pasir dekat sini, malam tadi. Ahmad Shabery berkata, golongan muda kini menyedari bahawa pakatan pembangkang yang terdiri daripada Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipimpin oleh orang tua yang tidak sealiran dengan kehendak mereka. Beliau percaya pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan menyokong BN pada pilihan raya kecil DUN itu pada 6 Mac depan. – Bernama

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]