Sunday, February 27, 2011

Roslan Ahmad teruskan kempen di hari kedua

JASIN 27 Feb. - Berjaga sehingga 3 pagi tadi, Roslan Ahmad bangun tiga jam kemudian untuk meneruskan kempennya di hari kedua selepas hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Merlimau, semalam.
Calon wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ini hari ini bertemu bakal pengundi di beberapa tempat dalam keterikan panas matahari.
"Setakat ini Alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan saya rasa bersyukurlah dengan respons yang diberikan orang ramai setakat hari ini dan semalam,” katanya ketika ditemui di Pasar Tani Mega Merlimau.
Roslan, 44, akan ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, pada 6 Mac ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu. - Bernama
 

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]