Tuesday, February 8, 2011

Hampir Pasti Pas akan bertanding di Merlimau Melaka

PPUBJ : Apalah nasib syamsul kali nie!!!!!!!!!

Nampaknya hasrat Shamsul Iskandar atau Sham Ketot untuk bertanding di Merlimau tidak kesampaian. Anwar nampaknya akan menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS. DAP pula terpaksa membisu kerana kawasan tersebut majoritynya Melayu.

Pakatan Price Rising bagaimanapun belum mencapai kata putus mengenai calon N27 Merlimau. Shamsul pula sudah terloncat-loncat untuk bertanding kerana sewaktu adun masih dirawat di hospital, beliau dan beberapa ahli politik PR telah menghebahkan berita kematian adun seawal jam 3.30 petang. Satu negara percaya dengan berita kematian tersebut.

Bagaimana pun ia dinafikan oleh seorang sahabat yang ada bersama arwah di hospital dan kematian hanya disahkan oleh doktor pada jam 8.10 malam.

Begitulah ghairahnya pembangkang pada ketika itu. Paling biadab si Ketot ini ialah apabila beliau mengadakan ceramah politik pada hari pengkebumian Dato Hidhir. Kemudian sewaktu orang sibuk dengan PRK Tenang, Shamsul ketot sibuk menabur limau ke pekan Merlimau untuk menarik pengundi.

Mengenai siapa calon Pas, TM kurang pasti , jika di Tenang mereka meletakkan Sophia Loren, di Merlimau mungkin Pas meletakkan Paris Hilton pula.

Mengenai calon BN, 7 nama telah dipanjangkan termasuk seorang wanita. Cuma apa yang dimaklumkan oleh orang Melaka , nama wanita ini kelabu sikit. 6 yang lain terdapat seorang yang favorite dan bekas penjawat awam.

Dalam PRK seperti ini faktor calon boleh memainkan peranan penting. Sedikit tercalar , akan punah segalanya seperti Normala di Tenang. Pas kalah kerana salah meletakkan calonnya.

Harapan BN tidak melakukan kesilapan kali ini. Jika menangpun PR masih mengatasi BN 7-6 dalam 13 PRK yang telah diadakan. [ betulkan jika silap].

Selasa, 2011 Februari 08
Video Sidang Akhbar Anwar Gembira PAS Akan 'Dikorbankan' Di Merlimau ?
Anwar ahli politik berpengalaman.

Putar alamnya sangat hebat tetapi tidak mampu mengatasi kehebatan Allah Maha Besar.

Selepas gagal di Tenang nampaknya PAS akan jadi 'mangsa' lagi di Merlimau.

Pelik kenapa PKR DAP tidak mahu bertanding sedangkan Melaka tidak asing kepada Lim Guan Eng !

Anwar juga tentu mahu menunjukkan kekuatannya selepas PAS gagal di Tenang !

Adakah ini perancangan senyap melemahkan PAS oleh DAP PKR ???

Ahli PAS jangan tak sedar, bukalah hati jangan biar ia mati.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]