Tuesday, February 22, 2011

Islam Bukan PAS Dan PAS Bukan ISLAM

Islam Bukan PAS Dan PAS Bukan ISLAM

February 22, 2011 by Admin  
Filed under Featured, Utama
Pergerakan Pemuda UMNO sememangnya tidak terkejut dengan mainan politik murahan PAS,  berhubung pendirian  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kononnya menjadi bahan manipulasi pihak tertentu.
Pengerusi Biro Agamanya, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata apa yang cuba dilakukan oleh puak-puak “totok” tersebut adalah semata-mata untuk menutup keterlanjuran Nik Aziz dalam nakhoda perjuangan Pas yang umpama lalang dan tidak berpendirian.
Menurut beliau perkara itu bukanlah satu perkara baru kerana tiap kali timbul sesuatu perkara yang menjerut leher Nik Aziz, akan timbul “tok dalang” dan “tukang karut” bagi mengalih tumpuan terhadap tali yang menjerut leher “tok guru” mereka itu.
“Namun jika benarlah Nik Aziz tidak berkata demikian berhubung perjuangan Melayu, apa lagi perjuangan mereka. Sekejap Islam, dan sekejap Melayu… ini umpama perjuangan dua alam. Apakah Nik Aziz sudah terkena politik sesumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Atau pun apakah Nik Aziz sudah termakan sumpah kerana beliau begitu berani mempermainkan agama. Apakah perjuangan Pas dua alam?. Perlu diingat kalau binatang dua alam, haram kita memakan binatang tersebut.
“Saya tidak kata perjuangan Pas itu umpama binatang dua alam tetapi ini sekadar renungan bersama sahaja agar Islam tidak dimanipulasi dan dijadikan bahan mainan politik sesuka hati demi kepentingan tertentu,” katanya .
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pejabat Menteri Besar Kelantan yang mendakwa bahawa Mingguan Malaysia memanipulasikan sebahagian kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan mendakwa beliau “akhirnya mengubah nada mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan”.
Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan laporan bertajuk ‘Nik Aziz ubah nada’ sebagai satu bentuk fitnah secara sistematik dengan memanipulasikan sebahagian kenyataan mursyidul am Pas itu, “demi mencapai tujuan politik murahan seperti biasa yang dimainkan oleh akhbar lidah Umno itu”.
Terdahulu sebelum itu, Nik Aziz ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran parti itu di Shah Alam, semalam, dipetik sebagai berkata: “Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu.”
Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan seterusnya menasihatkan Nik Aziz dan barisan penyokong “totoknya” agar berpijak di bumi nyata dan jangan sesekali cuba lari daripada perjuangan Islam yang sebenar.
Soal beliau apakah mereka sanggup melihat Nik Aziz yang diangkat sebagai ulama tersohor di dalam kepimpinan Pas hari ini digelar sebagai politikus agamawan hipokrit.
“Apa pun terserah kepada mereka. Bagi saya Nik Aziz tidak lebih daripada insan biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan sebagainya. Ingatlah kita hanya manusia biasa dan jangan sesekali mengangkat diri kita lebih daripada segala-galanya demi kepentingan nafsu serakah politik duniawi,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]