Monday, February 14, 2011

Lupakan saja Merlimau, elok PAS tumpu Kerdau...


Oleh: ROSLAN BIAN

Terlebih dahulu Al Fatihah dan takziah buat keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, yang meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau, Pahang, petang Sabtu.

Allahyarham yang sudah lama sakit jantung kerap keluar masuk hospital meninggal dunia selepas terjatuh di bilik air rumahnya kira-kira 6.30 petang.

Apapun, pemergian beliau sekaligus mengundang pilihanraya ke 16 – dijangka akhir Mac depan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1,615 undi.

Allahyarham memperolehi 4,135 undi manakala Hassanuddin pula 2,520 undi.

Ikut status quo pembangkang, kerusi N28 Kerdau adalah kuota PAS sekaligus parti itu kena bersiap sedia berdepan calon BN kelak.

PAS ketika ini juga sedang bersedia berdepan BN dalam PRK Merlimau – dengan penamaan calon pada 26 Februari manakala hari pengundian pada 6 Mac.

Senang cakap peluang parti itu untuk menang di Merlimau diramalkan tipis.

Sebab itu baru-baru ini timbul polimek antara pemimpin PAS.Ada yang tidak mahu calon mereka bertanding sebaliknya mahu memberi laluan kepada PKR meletakkan calon parti itu.

Bagaimanapun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi mahu menjaga hati pemimpin PAS, bersetuju parti itu bertanding walaupun PKR Melaka beria-ia mahu menentang BN di Merlimau.

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin juga khabarnya sudah bersiap masuk gelanggang.

Ketika tiba-tiba ditakdirkan timbul pula pilihanraya kecil bakal diadakan di Kerdau ,ada kalangan pemerhati politik berpendapat elok PAS melupakan Merlimau dan memfokus kepada Kerdau,

Melaka bukanlah relevan kepada PAS berbanding di Pahang.

PAS memenangi dua kerusi DUN di negeri itu pada pilihanraya umum lalu di Beserah dan Kuala Semantan.

Di Melaka PAS gagal sama ada di parlimen mahupun kerusi DUN.

Justru itu, lebih elok PAS menarik diri atau memberi laluan kepada PKR di Merlimau dan hanya beri tumpuan di Kerdau.

Tewas dengan majoriti 1,615 undi, PAS kata orang masih ada fighting chance di Kerdau.

PAS kini sedang mengalas tugas berat untuk jaga air muka pakatan pembangkang setelah tumbang di Galas dan Tenang.

Setakat kalah satu hal...lebih dari itu di kedua-dua pilihanraya kecil itu ialah gagal mengurangkan majoriti BN.

Jika ini juga berlaku di Merlimau dan Kerdau...yakni empat kali berturut-turut ia akan memberi kesan besar kepada imejnya.

Ramai yang melihat PAS tidak ada isu besar yang boleh dimainkan di Melaka kecuali bising pasal isu-isu remeh seperti yang dimainkan di Tenang baru-baru ini.

Lagipun semua orang tahu sejak zaman Tan Sri Rahim Thamby Chik hingga ke pimpinan Datuk Seri Ali Rustam sekarang Melaka sudah berkembang maju dengan pesatnya.

Belum terlambat pemimpin-pemimpin PAS menarik diri di Merlimau dan biarlah perjuangan pembangkang lebih rata dengan PKR turut masuk gelanggang pilihanraya bukan menikus sahaja.

Lebih menarik lagi Yang Di Pertua PAS kawasan Kuala Krau adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, juga Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Persoalannya PAS ada berani ka...? - 14/2/2011

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]