Monday, February 21, 2011

Nelayan lega pengumuman PM

 


SEBAHAGIAN nelayan yang hadir semasa lawatan Najib Tun Razak di Jeti Nelayan Kuala Merlimau Pantai di Merlimau, Jasin, Melaka, kelmarin.


JASIN 20 Feb. - Hampir 90 nelayan dari Kampung Merlimau di sini lega dan gembira apabila kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM5.5 juta untuk kerja-kerja menaik taraf Jeti Nelayan Kuala Merlimau Pantai di sini.
Kerja-kerja menaik taraf semula jeti yang mengandungi pelbagai kemudahan seperti gerai ikan bakar, stor dan bengkel membaiki bot akan dimulakan dalam masa terdekat ini.
Pengerusi Persatuan Nelayan negeri, Abdullah Yahya berkata, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana meluluskan peruntukan RM5.5 juta ketika melawat jeti tersebut semalam.
"Ini adalah berita yang amat gembira bagi kira-kira 89 nelayan di Kampung Merlimau ini dan apabila kerja-kerja menaik taraf itu siap, jeti ini akan digunakan bukan sahaja oleh nelayan, tetapi juga pelancong tempatan dan luar negara.
"Sebelum ini, jeti ini memang terkenal di kalangan pelancong yang gemar ke gerai di sini membeli ikan-ikan segar dari nelayan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.
Perdana Menteri dalam lawatan kerja sehari ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau semalam mengumumkan kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM5.5 juta bagi membina dan menaik taraf Jeti Nelayan Kuala Merlimau Pantai.
Peruntukan itu turut merangkumi kos bagi kerja-kerja mengorek dan mendalamkan muara bagi memudahkan nelayan keluar masuk ke jeti tersebut.
Selain itu, ia turut melibatkan penyediaan kemudian seperti stor, bengkel membaiki bot dan gerai ikan.
Pada majlis tersebut, Abdullah turut menerima replika cek elaun sara hidup daripada Najib mewakili 785 nelayan di seluruh negeri ini bagi tahun ini yang bernilai RM2.62 juta.
Sementara itu, seorang nelayan Osman Ahmad, 60, menganggap kerja-kerja menaik taraf semula jeti itu membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional terhadap nasib nelayan supaya golongan itu turut merasai selesa dengan pelbagai bentuk pembangunan dilaksanakan kerajaan hari ini.
"Kita amat berterima kasih kepada pihak kerajaan BN kerana prihatin dengan nasib kami, dengan adanya jeti ini, para nelayan dapat melakukan tugas dengan lebih selesa dan sempurna.
"Ia juga sekali gus dapat merancakkan lagi aktiviti di sini kerana persekitarannya yang cantik mampu menggamit lebih ramai pelancong datang ke sini," katanya.

PPUBJ : Kepada nelayan yang bersimpati dengan parti PAS tu fikir-fikirlah sendiri....

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]