Tuesday, February 1, 2011

NI LAGI SERONOK KALAU BACA....

Copyright by Gelombang Rakyat 2010. Awesome Inc. Article by Melayu CinDia.


DUN MERLIMAU - PKR DAKWA TANTAWI TAK KENANG BUDI !!

Posted: Thursday, January 27, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels:
2
Kekecohan perebutan kerusi DUN Merlimau yang akan diadakan Pilihanraya Kecil tidak lama lagi menjadi hangat setelah Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berperang sesama sendiri. Terbaru, beberapa pemimpin AMK Melaka menganggap Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Tantawi tidak mengenang budi apabila dengan bongkak tanpa sebarang perbincangan, mendakwa secara terbuka mahu PAS terus bertanding di kawasan tersebut tanpa memberi laluan kepada mana2 parti dalam gabungan Pakatan.





Ini diperakui sendiri oleh beberapa Ketua AMK Cabang di Melaka. Mereka sendiri sebelum ini banyak membantu calon PAS yang bertanding di setiap PRK termasuklah yang terbaru, PRK DUN Tenang. AMK telah menghantar seberapa ramai jentera tanpa mengira ideologi politik.

Tindakan Tantawi itu dilihat sengaja memecahbelahkan hubungan di antara PAS dan PKR secara total. AMK Melaka juga mempersoal pimpinan PAS yang langsung tidak memantau mengenai hal ini dan hanya sibuk berkempen di DUN Tenang. Mereka tidak terkejut calon PAS di DUN Tenang, Normala akan tewas ke tangan BN kerana sikap PAS yang sambil lewa dalam menangani isu2 sebegini.

Di DUN Tenang sendiri, AMK mempunyai impian untuk meletak calon di kawasan tersebut akan tetapi bertolak ansur demi perpaduan gabungan Pakatan. Apabila timbul soal cadangan untuk meletakkan calon PKR, Tantawi tanpa segan silu mengumumkan kepada media agar parti tersebut tidak sesekali mengusik kerusi yang telah ditetapkan.

Sebelum ini, seorang wakil Dewan Pemuda PAS Gombak mendedahkan bahawa berlakunya pertengkaran di antara Ketua AMK Pusat,Shamsul Iskandar dengan Ustaz Nasrudin Tantawi mengenai soal perebutan calon di kerusi DUN Merlimau sehingga berlakunya ugutan cabar mencabar

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]