Saturday, February 12, 2011

NOSTALGIA 1974 - MOTIVASI PAS DI MERLIMAU

Selepas lebih 35 tahun terpinggir dari persidangan DUN Melaka, pilihan raya kecil Merlimau akan datang menyemarakkan kembali semangat PAS yang 'kempunan' tewas di tangan BN dalam pilihan raya umum lalu.

NONE"Sentimen itu, tentulah orang (pembangkang) Melaka berharap sangat. Jika dibanding dengan negeri lain, mereka jauh tertinggal (berbanding pencapaian pembangkang negeri lain).

"Bagaimanapun, kita kena kerja keras," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari (kanan) ketika diminta membandingkan harapan di Merlimau dengan nostalgia kemenangan mereka pada tahun 1974.

PAS ketika itu bergabung bersama Umno dalam BN.

Selepas kemenangan pertama dan terakhir di DUN Sungai Udang hingga kini, PAS gagal memenangi sebarang kerusi di negeri kubu kuat BN itu.

Bagaimanapun, Merlimau dianggap antara kerusi berpotensi parti Islam itu di Melaka.

Penanda aras


Dalam pilihan raya umum tiga tahun lalu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dari BN dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

azlanKetika dihubungi Malaysiakini hari ini, Adly memberitahu, peluang mereka kini lebih cerah, berdasarkan jumlah pengundi bukan Melayu - yang didakwa makin memihak kepada Pakatan Rakyat - agak besar di kawasan itu.

"Berdasarkan prestasi 2008, prestasi kita di Merlimau menyaksikan swing (perubahan) undi sebanyak 19 peratus, tertinggi di Melaka," katanya sambil memberitahu sepanjang sejarah pilihan raya di Melaka, undi Melayu tidak banyak berubah.

Daripada 10,471 pengundi di DUN itu, 64.69 peratus adalah Melayu, Cina (21.11 peratus), India (14.16 peratus) dan lain-lain sebanyak 0.04 peratus.

Adly juga berkata, Merlimau merupakan penanda aras bagi kemenangan Pakatan di Melaka.

"Merlimau ini kawasan separa bandar. Kalau di sini kita menang, sudah tentu kawasan-kawasan bandar yang lain akan turut tumbang," katanya sambil berkata 'kesan domino' itu akan melanda DUN Bukit Baru, Teluk Mas dan Paya Rumput.

Jayathas tak 'kacau daun'

Satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan di kawasan itu - ke-15 selepas pilihan raya umum lalu - akan berlangsung di Merlimau ekoran kematian Mohamad Hidhir semalam akibat serangan jantung.

Manakala seorang pemimpin PAS negeri pula memberitahu, kemenangan mereka kali ini penting bagi mengetengahkan isu-isu berkaitan Melayu-Islam dalam DUN Melaka ekoran pembangkang hanya diwakili DAP dalam dewan.

NONEUmno mempunyai 18 kerusi di DUN negeri, MCA (4), MIC (1) dan DAP pula lima mendapat kerusi.

Sementara itu, kemungkinan besar akan berlaku pertembungan dua penjuru antara PAS dengan BN di DUN itu memandangkan bekas calon PKR pada 2004 S Jayathas (kini pemimpin Parti Hak Asasi - HRP) tidak menunjukkan minatnya.

"Saya tidak berminat... Saya hanya ingin tumpu pada perkara lain sekarang," kata ketua penerangan HRP itu yang mendakwa sedang sibuk menguruskan program berhubung hak kumpulan minoriti di negara ini.

Dalam pilihan raya umum 2008, Jayathas kalah teruk di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 5,087 undi.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]