Sunday, February 20, 2011

PELAJAR MESIR MULAI SEDAR...

Selamatkan Pelajar Di Mesir: Kerajaan BN Dimaki Hamun

Inilah perangai blogger PAS. Tidak ada kerja lain, melainkan memaki hamun kerajaan yang menyelamatkan pelajar di Mesir daripada kawasan bahaya. Blogger terbabit terus menyebarkan cerita yang tidak benar di Mesir untuk menghasut pelajar agar marah pada kerajaan. Sedangkan pada hakikatnya kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, kerajaan PKR di Selangor dan kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak membantu pun pelajar terbabit.

Pembangkang lebih suka mengupah beribu ribu ringgit untuk blogger sebegini memaki hamun kerajaan Barisan Nasional, siang dan malam. Lebih baik duit mengupah blogger ini diberikan kepada pelajar yang lebih memerlukan. Inilah sebahagian daripada cara jahiliah yang masih ada dalam PAS.

Ajakan debat oleh Ustaz Mohd Noor Deris telah dibalas dengan menuduh yang bukan-bukan oleh blogger-blogger PAS (baca sini). Nik Aziz tidak berani berhadapan dengan Mohd Noor Deris dalam membincangkan pakatan Ahzab PAS dengan DAP. Ternyata Nik Aziz tahu bahawa dia akan kalah dengan Mohd Noor Deris sebab itulah Nik Aziz tolak perdebatan tersebut. Bila dah kalah, maka adalah character assasination terhadap Mohd Noor Deris, hingga dimaki hamun dengan begitu teruk sekali (baca sini). Ajaran PAS amat ekstrem terhadap saudara sesama muslim, tetapi terhadap DAP yang jelas mencabar kedudukan Islam, mereka tunduk mengalah

 

PAS Mula Bimbang Pelajar Mesir Sokong BN


Rohidzir Rais (Editor Kanan Islamika PTS) menyatakan tidak perlu dibawa pulang bahkan membawa pulang mereka memberikan kesan negatif kepada pelajar itu sendiri. Malah Rohidzir menurut Harakahdaily menyalahkan media pula yang membesarkan cerita di Mesir. Selain daripada berterima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan yang membekalkan RM120,000 berbanding NGO kerajaan pusat yang katanya hanya membawa RM30,000.

Pandangan yang disiarkan dalam Harakah ini jelas membuktikan kebimbangan PAS terhadap sokongan pelajar-pelajar yang selama ini mengundi pos untuk mereka dari Mesir beralih sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional. Punca peralihan adalah kerana sikap PAS sendiri yang mengamalkan assobiah dalam memberi bantuan kepada puak puak mereka sahaja di Mesir.

Hanya membawa RM120,000 sahaja, hendak banding dengan harga tiket kapal terbang dan kos penginapan di Jeddah adalah jauh lebih besar daripada itu. Ternyata pandangan editor tersebut adalah amat cetek sekali dan pandangan yang bersifat di bawah tempurung. Media membesarkan cerita tentang keadaan di Mesir? Lihatlah apa pandangan pelajar yang pulang dan bersyukur kerana dapat pulang (baca sini). Sampai diacu pistol ke kepala. Mendesak kerajaan memang pandai (baca desakan 1 dan desakan 2 ini) tetapi bila diminta untuk berkerjasama menolong orang yang dalam kesusahan, PAS hanya pentingkan puak mereka sendiri sahaja. .

Lebih tidak cerdik, NGO yang pro kepada PAS iaitu PKPIM mendesak kerajaan untuk menyediakan penerbangan pulang pelajar-pelajar di negara-negara Teluk yang lain. Ini gesaan untuk ambil kesempatan daripada kekalutan yang berlaku di Mesir.

Mengapa PKPIM tidak desak Nik Aziz sponsor sebuah kapal terbang? Desak Ustaz Azizan sponsor sebuah kapal laut? Desak Guan Eng sponsor roket untuk bawa pulang pelajar-pelajar yang sokong pembangkang. Usahkan di negara lain, di Mesir yang sedang bergolak sekarang ini pun, pakatan pembangkang hanyalah terlebih sudu dari kuah.

Mengutuk dan mengecam amat pandai, tetapi bila diminta menyumbang kedekut yang amat. Berterima kasihlah pada mereka yang membantu. Jangan banyak mempertikai pada tangan yang memberi pertolongan. Berjanji untuk memerintah bukan main lagi, nak beri itu dan ini kalau genap 100 hari memerintah. Bila diminta bantuan tatkala mereka sudah memerintah di empat negeri, memekik sahaja lebih daripada membantu.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]