had, 20 Februari 2011Kerana Bebal, Bangang dan Dunggu: Selangor rugi tolak UiTM....
KERAJAAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membuat keputusan tidak bijak apabila menolak projek pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebidang tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, Selangor pada 2009. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu merugikan penduduk di Hulu Selangor dan yang mendapat rahmatnya kini adalah penduduk di Seri Mendapat, Jasin, Melaka, ekoran pembinaan kampus baru di tanah seluas 218 ekar itu. “Kerajaan Selangor tidak bijak kerana menolak rezeki tetapi sebaliknya orang Melaka khususnya di Seri Mendapat mendapat untung dengan pembinaan UiTM Melaka Kampus Jasin yang baru. “Keputusan yang diambil oleh kerajaan pembangkang itu bermotif politik kerana sanggup menzalimi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), sebuah yayasan untuk membantu orang miskin dan anak-anak yatim. ‘‘Tetapi kita nak tunjukkan kebenaran bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) membela rakyat dan pelajar UiTM,” ujarnya. Beliau berucap pada majlis perasmian mula kerja di tapak projek UiTM Melaka Kampus Jasin dan pertukaran dokumen perjanjian pinjaman antara YBK Usahasama Sdn. Bhd. dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad di Seri Mendapat, Jasin, Sabtu. Kampus baru UiTM Melaka cawangan Jasin dibina di atas tanah seluas 218 ekar di Mukim Semujuk daerah Jasin menempatkan satu kompleks yang boleh menampung kapasiti pelajar berjumlah 5,000 orang. Projek pembinaan kampus bernilai RM297 juta itu bakal menempatkan tiga buah fakulti iaitu Sains Gunaan, Pengurusan Ladang serta Sains Komputer dan Matematik yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan. Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sejak penubuhan UiTM pada 1967, seramai 400,000 graduan dilahirkan, manakala 180,000 masih menuntut di universiti berkenaan di seluruh negara. Beliau menambah, bekas graduan daripada universiti berkenaan kini masing-masing memegang jawatan tinggi sama ada di sektor awam atau swasta manakala sebahagian daripadanya menjadi tenaga profesional. Ujarnya, kalau dikaji latar belakang bekas graduan UiTM, mereka terdiri daripada keluarga miskin, petani, nelayan, penoreh getah dan pembantu am rendah tetapi hari ini mereka berjaya menjawat jawatan tertinggi. “Ini semua dilakukan kerana kita percaya kalau nak mengubah untung nasib sesebuah bangsa, senjata paling berkesan sekali adalah melalui pendidikan dan ini telah kita buktikan sebagai satu kenyataan,” ujarnya. - UtusanOnline SATU MELAYU: Siapa yang sebenarnya bangang dan bodoh apabila PKR Selangor tolak UiTM di Ulu Selangor tetapi, DAP Pulau Pinang terima pembinaan cawangan kampus Universiti Nanyang dari Singapura di Balik Pulau? Penolakan kerajaan PKR Selangor ke atas pembinaan UiTM di Hulu Selangor itu membuktikan betapa parti politik milik Anwar-Azmin itu sangat mudah ditekan oleh DAP dalam menentukan perkara yang mempunyai kepentingan kaum Melayu. UiTM terbukti telah berjaya meningkatkan bilangan kaum Melayu yang berpendidikan tinggi dalam banyak bidang ilmu. Kejayaannya tidak siapa boleh menafikannya. Sebagai sebuah parti yang anti-Melayu, DAP memandang UiTM sebagai ancaman kepada dasar politik pecah dan perintah yang mereka amalkan. Meningkatkan kemampuan kaum Melayu dengan pendidikan tinggi sangat tidak disenangi oleh DAP. Justeru, apabila UiTM mahu membina sebuah kampus baru di negeri Selangor, DAP yang menguasai politik dan kepimpinan Selangor menolaknya melalui MB Khalid yang bengap, bangang dan dungu. Yang rugi ialah penduduk Hulu Selangor dari segi pembangunan wilayah dan Khalid Ibrahim serta PKR sendiri dari sudutsokongan politik kaum Melayu. Begitulah nasib sebuah parti politik yang dasar penubuhannya bukan untuk rakyat dan negara tetapi untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada direhatkan di Sungai Buloh. Bayangkan kalau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri dan timbalannya Lim Kit Siang! Sudah tentu semua dasar kerajaan yang membela nasib kaum Melayu akan dilenyapkan. Tidak mustahil UiTM akan ditutup atau sekurang-kurangnta akan ditukar nama dan diubah dasarnya.... Kepada rakyat kaum Melayu yang masih ada hotak dan tidak terpukau dengan rasukan Anwar, fikir-fikirkanlah.... |
Sunday, February 20, 2011
ALHAMDULILAH, MELAKA BERSYUKUR....
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment