Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya pengundi-pengundi di DUN Kerdau dan Merlimau cukup mengetahui bentuk sebenar perjuangan PAS yang sanggup menimbulkan fatwa karut serta penyelewengan agama bagi tujuan poltik dan memancing undi. Bagi beliau, dua pilihanraya kecil serentak membabitkan calon parti itu memberi satu peluang kepada rakyat membuat perbandingan serta asas untuk mengetahui siapa akan mereka pilih sebagai wakil rakyat. “Dalam setiap pilihan raya kecil, pengundi adalah raja dan mereka ada cita rasa serta inspirasi. Pilihan raya kali ini beri satu peluang kepada rakyat buat perbandingan antara Barisan Nasional dan PAS,” katanya pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon PRK DUN Kerdau, di Temerloh, Sabtu. Selain itu, Muhyiddin memberi contoh bagaimana PAS mempertikai kelayakan bahasa Arab calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad kononnya ijazah Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau itu adalah palsu. “Mereka sudah tidak ada bahan lain nak dijadikan isu..saya rasa Syed Ibrahim boleh tunjuk ijazah yang sebenar supaya pengundi akan tahu siapa mereka akan pilih,” katanya. Calon BN itu yang hadir sama sidang media berkenaan kemudian mengeluarkan ijazah yang dimaksudkan serta menunjukkan kepada wartawan yang hadir. Menurut Muhyiddin, pihak lawan sudah tidak ada modal lain sama ada di Kerdau mahupun di Merlimau pada pilihan raya kecil ini. “Saya di sana (Merlimau). Itu pun tak ada isu...pembangunan berjalan baik. Sebab itu mereka sasar pada calon atau pengarah PRK dan cari cerita karut marut untuk pengaruhi fikiran pengundi,” ujar Timbalan Pengerusi BN itu. Malah menurut Muhyiddin, PAS juga turun dengan pemimpin besar pembangkang buat cerita Felda bangkrap tetapi peneroka tahu itu semua cerita bohong. “Bila tengok keputusan (PRK DUN Tenang) di Felda, kita menang kerana cerita bohong mereka tidak berkesan sebab rakyat tahu itu pembohongan,” kata beliau. Namun Muhyiddin berkata, BN tidak pernah menganggap kemenangan calon mewakili parti itu dapat dicapai dengan mudah walaupun sentimen dan majoriti sokongan rakyat meningkat. “Kita tidak tahu hati pengundi di bawah..Kita tak boleh pandangan mudah sikap mereka tetapi jentera perlu kena siap sedia memastikan momentum sokongan terus bergerak,” tegasnya. Beliau yakin pengundi di Kerdau akan menerima Syed Ibrahim begitu juga dengan calon BN di Merlimau, Roslan Ahmad. “Mereka berdua ini akan bawa obor BN dan kita amat mengharapkan sokongan pengundi bagi memastikan kemenangan calon kita dengan majoriti sebesar mungkin,” ujar Muhyiddin lagi. PRK DUN Kerdau menyaksikan pertembungan Syed Ibrahim dengan calon PAS Hasanuddin Salim manakala Roslan berdepan Yuhaizad Abdullah di Merlimau. Terdahulu, Syed Ibrahim diiringi Muhyiddin serta pemimpin komponen lain seramai kira-kira 3,000 orang berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Tun Razak Temerloh manakala Hasanuddin diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta 2,000 penyokong.-26/2/2011 |
Monday, February 28, 2011
PENGUNDI MERLIMAU TAHU APA ITU PAS....
Label:
PRK MERLIMAU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment