Satu perkara yang baik tetapi jarang ditulis wartawan yang buat liputan dalam pilihanraya kecil ini adalah kewujudan Pusat Media Jabatan Penerangan.
Pusat Media ini sejarahnya mula ditubuhkan semasa pilihanraya kecil Bagan Pinang dan kekal hingga hari ini.
Di Merlimau ini, Pusat Media terletak berhampiran dengan Politeknik, Pusat Opreasi BN dan tidak jauh dengan markas PAS. Kiranya strategik sekali.
Bagi para wartawan, yang keluar meliputi program pagi, tempat terbaik hendak hantar berita adalah Pusat Media ini.
Selain ada 20 komputer, ada wifi untuk yang bawa laptop, tempat sembayang untuk yang beragama Islam dan paling penting ada makan-minum percuma.
Menurut pegawai yang jaga pusat ini, Lim Ann Teck, mereka beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
“Hingga kini ada lebih 80 wartawan dengan 17 agensi yang berdaftar dengan kami,” katanya.
Seorang kawan yang sama-sama cover pilihanraya ini mengaku kalau tak ada Pusat Media ‘jenuh’ melepak kat restoran.
“Panas-panas macam ini, nasib ada tempat berteduh, boleh melepak tukar cerita, hantar berita dan makan free, syukur…” kata kawan itu. - 27/2/2011



Di Tenang ada Tok Ai, di Merlimau ada Ron…




Nama panggilan menjadi cara baru berkempen, terutama bila calon itu anak jati di kawasan yang dia bertanding.
Kalau di Tenang, calon BN masa itu Azhar Ibrahim popular dengan panggilan ‘Tok Ai’.
Di Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad lebih dikenali dikalangan penduduk tempatan sebagai Ron.
Dari segi latar belakang, mereka berdua hampir sama, ayah bekas orang politik, dikenali dan berjasa besar di kawasan yang kini mereka tandingi.
Seperti Tok Ai, Ron juga mempunyai keluarga yang besar di Merlimau, selain kawan yang ramai sebab memang dari kecil sampai kerja duduk di kawasan ini.
Ron sendiri ketika ditemui Agendadaily, anggap latar belakangnya satu bonus dan dia sendiri akan bekerja keras untuk menarik sokongan kepada BN.

Apa dinasti, yang dalam DAP dan PKR tu apa…?
Bila BN pilih Ron jadi calon maka berbunyilah kata BN amal sistem dinasti. Walau dari segi fakta tak betul sebab baik Tok Ai mahu pun Ron, ayah masing-masing sudah digantikan dengan orang lain lama sebagai ADUN dulu baru mereka dipilih.
“Dinasti yang ganti berturut-turut macam Lim Guan Eng ganti jawatan paling tinggi dalam DAP iaitu Setiausaha Agung dari ayahnya Lim Kit Siang,” kata seorang kawan masa minum petang tadi.
Sebab itu kot, bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Azalina Mohd Said dalam twitternya balun bab pembangkang kata UMNO amal sistem dinastinya.
“PAS kata UMNO amal sistem dinasti, tapi terlepas pandang dinasti yang wujud dalam DAP dan PKR. Kalau boleh nak letak semua ‘family’ dalam saf kepimpinan” tweet beliau.

Merlimau yang panas berangin…
Bagi yang pertama kali datang ke Merlimau dan terus sertai perarakan calon, ada yang mengeluh kata cuaca panas sungguh.
Cuaca di sini terutamanya bila nak masuk bulan Mac dan April memang macam itu, pertukaran manson, kata seorang nelayan yang kami jumpa masa minum di gerai tepi jalan di sini Sabtu malam.
“Cuaca panas sebab angin laut bertiup ke darat sebelah siang, sebab itu rasa berbahang,” katanya.
Menurut pak cik itu, berdasarkan pengalamannya cuaca panas berangin ini akan berterusan dan beliau jangka kalau hujan pun sekejab-sekejab saja, tak ada sampai banjir macam di Tenang tempoh hari.
Ada wartawan yang harap program kedua-dua parti yang bertanding dikurangkan sebelah tengahhari, “Boleh pengsan kalau kena berjemur tengah panas ni..”katanya.-26/02/2011