Monday, February 7, 2011

ULAMAK TAKUT DENGAN NIK AZIZ ?

Nik Aziz tidak pernah ditegur - Zam

PANDANGAN PPUBJ : LAYAK BERDIALOG DENGAN KERPAL SINGH SAHAJA....MEREKA YANG TAK MENGUNDI PAS ADALAH JAHILIYAH...(KEMPEN DI TENANG)ADAKAH ANDA PERCAYA DENGAN KATA-KATA INI....

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah berasa bersalah mengeluarkan pelbagai 'fatwa' karut kerana golongan ulama tidak pernah menegur tindakannya.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin berkata, keegoan dan keyakinan Menteri Besar Kelantan itu bertambah tinggi apabila golongan ulama seolah-olah takut mengambil sebarang tindakan terhadapnya.

"Golongan ulama tempatan hanya berani bertindak terhadap intelektual Islam yang mencabar mereka dengan menganggap golongan itu sebagai tidak rasional dan kurang cerdik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, sikap Mursyidul Am Pas itu juga berikutan desakan pertubuhan-pertubuhan Islam supaya Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja bertindak terhadap 'fatwa' karut Nik Abdul Aziz tidak pernah diberi perhatian.

Beliau menambah, Nik Abdul Aziz juga sanggup berbohong apabila mendapati 'fatwanya' sudah tidak sesuai dengan zaman.

Beliau memberi contoh kenyataan Nik Abdul Aziz apabila beliau menafikan kononnya telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa wanita tidak boleh bertanding dalam pilihan raya semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini.

"Beliau memberi contoh Allahyarham Khatijah Sidek pernah bertanding sebagai calon Pas. Beliau lupa ketika itu Pas masih dikuasai golongan nasionalis Melayu seperti Allahyarham Datuk Asri Muda dan Zulkifli Mohammad.

"Tetapi apabila golongan ulama menguasai Pas larangan telah dibuat terhadap wanita bertanding dengan alasan mereka akan terdedah kepada fitnah dan tidak boleh berhimpit-himpit semasa berkempen," katanya.

Bekas Menteri Penerangan itu juga menarik perhatian bahawa Mursyidul Am Pas tersebut yakin beliau di pihak yang benar apabila pernah berkata menteri-menteri UMNO yang mengkritiknya terpaksa meminta maaf dengannya di akhirat kelak.

"Kenyataan ini menunjukkan bahawa Nik Abdul Aziz yakin dia tidak bersalah dan akan masuk ke syurga. Dialah satu-satunya orang Islam di Malaysia yang tahu nasibnya di akhirat kelak," ujar beliau.

Dalam pada itu, katanya, memandangkan usia dan keuzuran pemimpin Pas itu, sebarang tindakan terhadapnya sekarang termasuk dakwaan melakukan rasuah hanya akan menimbulkan simpati ramai terhadapnya terutama golongan yang fanatik terhadapnya.

Justeru, kata Zainudin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes pembiayaannya untuk menunaikan fardu haji.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]