Monday, March 21, 2011

50 kerusi dalam tangan.....

Pilihanraya Sarawak: 50 kerusi ‘dalam tangan’

Oleh: ROSLI ISMAIL


Ketika pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak diumumkan hari ini untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri itu bulan depan tandatanya yang paling popular berlegar tentunya mampukah Sarawak kekal sebagai ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional.

Bagi kebanyakan orang di semenanjung percaturan politik di bumi kenyalang itu terasa begitu asing sekali hingga sukar untuk memahami rentak tarinya.

Sebaliknya ramai yang merasa lebih dekat lagi dengan Sabah kerana publisiti mengenai politik di negeri itu lebih meluas dengan adanya UMNO di negeri itu.

Persamaan antara Sarawak dan Sabah yang semua sedia maklum ialah kedua-duanya tidak terjejas langsung dengan tsunami politik yang dihadapi oleh BN semasa pilihanraya umum Mac 2008.

Pegangan kerusi Parlimen BN di Sarawak mantap dengan 30 dari 31 yang dipertandingkan.Satu-satunya kerusi dimenangi pembangkang ialah menerusi DAP di Bandar Kuching.

Begitu juga halnya di Sabah.Dari 25 kerusi BN menang 24.DAP menang satu di Kota Kinabalu.

Juga persamaan kedua-dua kawasan ialah majoriti pengundinya orang Cina.

Setback kecil dihadapi oleh BN Sarawak cuma tewas di pilihanraya kecil Parlimen Sibu tidak lama dulu.Ini menjadikan DAP pegang dua kerusi Parlimen di negeri itu.Sibu juga kawasan majoriti orang Cina.

Bagi kerusi negeri pula berbeza dengan Sabah,Sarawak tidak berdepan dengan ujian tsunami 2008 kerana pilihanraya negeri diadakan pada tahun 2006.

Pegangan BN tetap mantap setelah menang di 63 DUN dari 71 yang dipertandingkan.

Kedudukan kerusi tidak begitu jauh berbanding dengan pilihanraya negeri tahun 2001 dimana BN menang 60 dari 62 kerusi.

Teka teki kini mampukah pakatan pembangkang merobek pegangan dua per tiga BN dalam DUN Sarawak?

Kita boleh mendapat jawapan kepada persoalan ini jika rajin merisik dikalangan kalangan pimpinan politik kanan negeri itu.

Jawaban yang Agendadaily dapat jelas menunjukan BN tidak gabra langsung tentang soal pegangan dua pertiga kerusi DUN.

“50 kerusi boleh kira dalam tangan lah...cuma 21 kerusi lagi tu kena berentap” kata seorang Ahli Parlimen BN Sarawak.

Kata-katanya yang senada dengan beberapa orang lain adalah gambaran bagaimana mereka sedar tentang kekuatan dan kekurangan BN dalam menghadapi pilihanraya negeri kali ini.

Ia lebih melibatkan faktor undi orang Cina – fenomena sama yang dihadapi oleh BN di semenanjung selepas PRU 2008.

Mereka tidak menolak kemungkinan pakatan pembangkang dapat menambah beberapa kerusi dari 7 yang ada sekarang (6 DAP dan 1 PKR) .Satu lagi ialah bebas yang menyertai Parti Cinta Malaysia.

Namun yang pasti ia tidak mungkin dapat langgar benteng penguasaan dua pertiga di DUN.

Sebenarnya otai DAP Lim Kit Siang secara tidak langsung sudah mengakui pakatan pembangkang tidak mungkin dapat menumbangkan BN di Sarawak.

Ini boleh dilihat dari fokus kenyataannya lebih kepada sasaran hendak mengagalkan BN dari mendapat majoriti dua per tiga.

Nadanya berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seperti biasa cuba buat gempak macam pakatan pembangkang boleh telan Sarawak menerusi ceramah-ceramah panasnya.

Semua orang tahu impian Ketua Umum PKR itu hendak menjadikan Sarawak sebagai dominonya untuk meredah jalan ke Putrajaya dalam PRU13.

Namun tidak ramai para pemerhati politik yang nampak retorik politiknya akan sampai ke mana berdasarkan senario politik semasa di Sarawak dimana pengaruh BN masih utuh di kebanyakan tempat di negeri itu.

Ramai yang sudah awal-awal menduga Sarawak bakal mengkaburkan lagi impiannya nak ke Putrajaya. - 21/3/2011

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]