Tuesday, March 22, 2011

DUN Sarawak bubar secara rasmi



Mohamad Asfia Awang Nassar

KUCHING 21 Mac – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini dibubarkan secara rasmi selepas Speakernya, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar menerima notis pengisytiharan yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, pagi ini.

Mohamad Asfia berkata, notis berkenaan akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada petang esok.

Beliau menjelaskan lokasi dan waktu penyerahan notis berkenaan belum ditentukan lagi.

“Pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac, hari ini, adalah mengikut perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya pada sidang akhbar di bangunan baru, Kompleks DUN Sarawak di sini tengah hari ini.

Sidang akhbar itu hanya dihadiri beberapa petugas media kerana sebahagian besar daripada mereka bertumpu di sebuah hotel tempat berlangsungnya majlis rasmi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan jangkaan pengumuman rasmi akan dibuat di sana.

Sabtu lalu, Abdul Taib dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) mengumumkan DUN akan dibubarkan hari ini.

Walaupun SPR belum membuat pengumuman berhubung tarikh penamaan calon dan pengundian, ramai menjangkakan ia akan diadakan pada 6 dan 16 April ini.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]