Tuesday, March 22, 2011

Hotspot WiFi: Guan Eng diskriminasi Bukit Gelugor...

Hotspot WiFi: Guan Eng nafi diskriminasi

KUALA LUMPUR 21 Mac - Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikan dakwaan wujud diskriminasi kepada kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional (BN) dan Bebas dalam program pemasangan WiFi percuma.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, sebaliknya pemilihan kawasan hotspot WiFi dibuat oleh syarikat Redtone yang menguruskannya atas pertimbangan komersial bahawa kawasan itu berdaya maju dan ramai penduduk.

Kawasan Parlimen yang tidak terpilih termasuk Kepala Batas yang diwakili bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Tasek Gelugor (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) dan Nibong Tebal (Tan Tee Beng daripada Bebas).

"Ini bukan diskriminasi terhadap kawasan BN atau kawasan 'katak'.

"Parlimen Bukit Gelugor yang diwakili Pengerusi DAP, Karpal Singh turut berdepan masalah sama dan ini hanya disedari setelah kesemua 750 hotspot WiFi siap dipasang baru-baru ini. Tak kan saya hendak lawan tauke (Karpal Singh)? Hendak matikah lawan Pengerusi DAP?," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa Ahli Parlimen BN mengecam kerajaan negeri ekoran kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Telekomunikasi, Jeff Ooi dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris 19 Mac lalu bahawa tiga kawasan Parlimen akan dikecualikan daripada menerima liputan WiFi atas alasan kekurangan dana.

Jeff bagaimanapun tampil dalam akhbar yang sama semalam dengan mendakwa kenyataannya diputar belit selain Guan Eng turut membuat penjelasan bahawa kerajaan negeri tidak membuat sebarang bayaran kerana segalanya ditanggung Redtone.

Ditanya jumlah yang perlu dibayar kerajaan negeri bagi menambah 750 hotspot lagi, Guan Eng berkata, beliau akan mendedahkannya apabila perjanjian mengenainya dimeterai dalam masa terdekat.

"Penyediaannya mungkin mengambil masa setahun. Tentang perbelanjaannya pula, kita akan umumkan nanti," ujarnya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]