Tuesday, March 22, 2011

Jasin Bandar Lestari menjelang 2020



MELAKA 21 Mac - Pekan Jasin akan dikenali sebagai Bandar Lestari dan kawasan sekitarnya akan dibangunkan menjadi Daerah Lestari menjelang 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, pembangunan Jasin terkandung dalam draf Rancangan Tempatan Daerah Jasin sehingga 2020.

Menurutnya, terdapat empat pengisian objektif pembangunan daerah Jasin iaitu menjadikannya sebagai daerah Lestari, pelancongan, bestari, industri dan pengeluaran makanan.

''Menjadikan Daerah Lestari bermaksud sebarang pembangunan di sini tidak akan menjejaskan sumber semula jadi seperti kawasan tadahan air, rezab hutan, lembangan sungai, pantai dan kawasan berbukit," katanya di sini baru-baru ini.

Ghafaar berkata, selain itu, produk pelancongan akan dibangunkan dengan tumpuan kepada pelancongan agro, warisan dan sejarah di samping pembinaan infrastruktur seperti calet, inap desa dan hotel.

Di samping itu, katanya, Jasin akan dijadikan sebagai industri tani dan pengeluaran makanan dengan usaha mempergiatkan aktiviti pertanian, ternakan, pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta hab halal.

Bagi menjadikan sebagai daerah Bestari (daerah ilmu) katanya, kerajaan negeri bercadang untuk menjadikannya sebagai koridor ilmu sebagai tapak institusi pengajian tinggi (IPT), pusat akademik dan penyelidikan.

''Sebanyak 11 kawasan di Daerah Jasin akan menikmati pembangunan ini seperti Bemban, Selandar, Sungai Rambai, Umbai, Kesang Pajak, Batang Melaka, Asahan, Nyalas, Sempang Bekoh, Chinchin dan Serkam," katanya.

Berdasarkan draf Rancangan Tempatan Jasin katanya, pembangunan hanya dibenarkan di zon pembangunan yang telah ditetapkan untuk tujuan tersebut iaitu di kawasan seluas 26,500 hektar.

Ujarnya, bagi tanah yang boleh dibangunkan dengan syarat melibatkan kawasan seluas 27,200 hektar.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]