Thursday, March 10, 2011

Anwar, pemimpin PKR hidup mewah: Gobalakrishnan


Laporan Syuhada Choo Abdullah dan Faiza Zainudin
bhnews@bharian.com.my
2011/03/10
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai (Bebas), N Gobalakrishnan, mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tertentu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) hidup mewah dan mempunyai pembantu peribadi.

Malah, beliau mendakwa masih membayar ansuran bulanan dua kereta untuk kegunaan pengawal peribadi Anwar walaupun keluar daripada PKR pada 29 Januari lalu, tetapi sudah mengambil sebuah daripada kereta terbabit.
Katanya, kesanggupannya menanggung pembiayaan ansuran kira-kira RM2,000 sebulan untuk dua kereta itu kerana mahu memastikan keselamatan Penasihat PKR.
“Saya percaya Ahli Parlimen PKR yang lain seperti Indera Mahkota dan Merbok tidak melakukan (seperti beliau),” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.

Gobalakrishnan yang berbahas sebagai wakil rakyat Bebas berkata, beliau berasa ‘bebas’ sejak meninggalkan PKR.

“Sekarang saya ‘bebas’, bila saya bebas’ setiap hari saya tak payah turun untuk berceramah, saya tidak perlu bawa fitnah, saya ada masa untuk buat teks (perbahasan).

“Selepas 12 tahun (dalam politik) baru saya ‘bebas’, hirup udara pun saya rasa `bebas’, duduk dalam Dewan yang mulia ini saya rasa ‘bebas’ betul-betul depan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia),” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]