Wednesday, March 16, 2011

BALIK MESIR KERAJAAN NEGERI BELANJA RM476,000


Lagi 104 pelajar dapat tajaan balik ke Mesir

MELAKA 15 Mac - Seramai 104 daripada 322 pelajar kelahiran negeri ini yang mengikuti pengajian di Mesir mendapat tajaan tiket penerbangan balik ke negara itu hasil sumbangan kerajaan negeri semalami.

Penghantaran pulang pelajar terbabit adalah kumpulan kedua selepas seramai 111 pelajar telah kembali ke Mesir pada 5 Mac lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya melalui Yayasan Melaka menanggung kesemua tiket penerbangan penuntut terlibat melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM476,000.

Menurutnya, baki pelajar melibatkan seramai 107 orang akan mendapat tiket penerbangan masing-masing yang dijadual pada akhir bulan ini.

''Saya harap ibu bapa pelajar khususnya mereka yang kurang berkemampuan tidak risau dengan isu kewangan yang mungkin timbul kerana semua kita sudah selesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan tiket penerbangan balik kepada kumpulan kedua seramai 104 pelajar kelahiran Melaka yang belajar di Mesir, di sini hari ini.

Selain itu katanya, penubuhan Ikatan Mahasiswa Mesir Melaka (Imam) di Mesir akan dianggotai pelajar kelahiran negeri bertujuan untuk menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar.

''Saya mahu jawatankuasa ini dipegang oleh pelajar untuk tempoh dua tahun kerana sebelum ini ia dikendalikan oleh bukan pelajar, keadaan ini tidak sesuai tetapi sekarang jawatankuasa baru Imam sudah dilantik baru," katanya.

Sementara itu, salah seorang pelajar yang mendapat tajaan tiket penerbangan balik ke Mesir, Nur Hafizah Abdul Rahman, 20, penuntut jurusan pengajian Bahasa Arab Universiti Al-Azhar berkata, dia amat berterima kasih atas bantuan tiket penerbangan itu.

''Sumbangan tiket penerbangan yang diberikan amat membantu mengurangkan beban kewangan yang terpaksa pelajar tanggung terutama mereka yang datang dari keluarga kurang mampu," katanya.

Bagi penuntut jurusan pengajian Syariah Universiti Al-Azhar, Iza Nabila Borhan, 20, keprihatinan dan kesudian kerajaan negeri menanggung RM2,000 kos tiket penerbangan banyak membantu meringankan beban masalah kewangan keluarga pelajar.

Pelajar tahun pertama itu berkata, dia amat berterima kasih di atas sumbangan tersebut dan berharap semua yang menerima bantuan itu akan menghargainya dengan sebaik mungkin.td>

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]