Wednesday, March 16, 2011

KEMPEN SERAH DNA 300 NGO BERKUMPUL HARI INI.

300 NGO berhimpun hari ini

Oleh THOMAS CHONG
utusanputrajaya@utusan.com.my

PUTRAJAYA 15 Mac – Gabungan NGO Malaysia (GNM) yang mewakili 300 pertubuhan akan mengadakan perhimpunan dan mengeluarkan kenyataan bersama untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara sukarela.

Setiausaha gabungan itu, Mohd. Jurit Ramli berkata, perhimpunan yang akan diadakan di Hotel Grand Season di ibu negara esok itu bertujuan menegakkan keadilan untuk semua pihak yang terlibat dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

‘‘Rakyat Malaysia ingin mendapatkan penjelasan daripada Anwar kenapa masih enggan menyerahkan sampel DNA sekiranya beliau tidak bersalah.

‘‘NGO di Malaysia juga mahu memastikan keadilan ditegakkan untuk semua pihak terutamanya Mohd. Saiful Bukhari, insan kerdil dan tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Jurit berkata, keengganan Anwar untuk menyerahkan sampel DNA beliau telah memberi contoh yang tidak baik kepada masyarakat dan mengganggu proses siasatan polis pada masa depan.

‘‘Tindakan Anwar itu seakan-akan menampakkan bahawa semua orang yang disiasat polis tidak perlu menyerahkan sampel DNA pada masa depan.

‘‘Keadaan pasti akan menjadi huru-hara apabila penjenayah lain turut mengikuti jejak langkah Anwar untuk tidak menyerahkan sampel DNA,” katanya.

Menurutnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu tidak perlu takut untuk menyerahkan sampel DNA sekiranya beliau benar-benar tidak bersalah.

‘‘Anwar sebagai seorang wakil rakyat harus menjadi contoh baik dan memberi kerjasama dalam proses siasatan sesuatu kes,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]