Wednesday, March 2, 2011

BN kini diterima kembali majoroti pengundi - Ahmad Zahid


BN kini diterima kembali majoroti pengundi - Ahmad Zahid

JASIN - Barisan Nasional (BN) kini diterima kembali oleh majoriti pengundi berbanding sokongan kepada parti pembangkang pada pilihan raya umum lepas kerana dasar-dasar BN yang kini lebih jelas difahami dan telus, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata suasana dahulu sewaktu pilihan raya umum lepas melihatkan sokongan kepada parti pembangkang kerana dakyah palsu dan manipulasi politik yang dilakukan tetapi suasana itu berubah kepada sokongan kepada BN sejak akhir-akhir ini.

"Saya melihat situasi menyokong kepada parti pemerintah Insya-Allah akan berterusan kerana pengundi berbalik kepada kebenaran (pada hari ini) berbanding hamburan kata-kata dan janji manis pembangkang yang telah tidak ditunaikan atau janji palsu mereka," katanya.

Beliau ditemui pemberita setelah selesai proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau di Dewan Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama-sama pemimpin komponen BN lain termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden MIC Datuk G.Palanivel mengiringi calon BN, Roslan Ahmad ke pusat penamaan tersebut.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]