Wednesday, March 2, 2011

Jangan mimpi rampas Merlimau




MERLIMAU - Pas dinasihatkan agar membuang impian untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kerana kawasan itu merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi.

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Pas tidak usah bermimpi untuk menawan merampas kerusi Merlimau kerana parti itu tidak mempunyai jasa besar di negeri ini tetapi hanya tahu melemparkan fitnah terhadap Kerajaan Negeri.

“BN buat kerja siang malam, ekonomi Melaka baik, keselamatan pun bagus dan sosial lebih bagus daripada Pas tadbir di Kelantan. Tak akan orang tak kenal jasa kita, Pas datang sini kata kita mati masuk neraka, tak akan orang Melaka nak dengar cakap Pas yang fitnah macam ini?

“Pas ini saya ingat dia mimpi, dia tak tahu apa yang dia cakap, seperti buat lapangan terbang, kapal terbang Boeing 737 dah turun tapi dia kata tak ada sama juga. Orang Melaka tahu, tak akan orang Melaka akan percaya cakap bohong macam itu,” katanya ketika ditemui Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau di Sekolah Menengah Dang Anum, di sini semalam.

Mohd Ali yang juga Pengerusi UMNO Melaka berkata, Melaka sebagai sebuah negeri maju yang telah diiktiraf namun dinafikan pembangkang terutama Pas tetapi kini mereka mahu meraih undi daripada rakyat negeri itu pula.

“Kita maju tapi Pas kata tak maju, tapi nak dapatkan undi. Apa jasa Pas? Hanya pandai mengata kita, saya fikir orang tak bagi undi banyak dan jangan harap nak dapat undi percuma,” katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin itu, seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu diraikan di mana 29 pelajar adalah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]