Bukan masa Merlimau berubah angin 2011/03/02 KAKITANGAN Suruhanjaya Pilihan Raya, Siti Aishah Usof memeriksa peti undi yang siap diisi dengan peralatan mengundi menjelang pilihan raya kecil DUN Merlimau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, Menara Persekutuan, Ayer Keroh, semalam. KAKITANGAN Suruhanjaya Pilihan Raya, Siti Aishah Usof memeriksa peti undi yang siap diisi dengan peralatan mengundi menjelang pilihan raya kecil DUN Merlimau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, Menara Persekutuan, Ayer Keroh, semalam. MERLIMAU: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, bukan masanya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau untuk berubah angin dengan memberikan sokongan kepada pembangkang yang nyata gagal membuktikan mereka boleh menjadi pemimpin baik untuk masa depan rakyat. Sebaliknya, Shaziman menasihatkan pengundi supaya memilih calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad pada pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini, selain memastikan BN kekal menerajui negeri dan negara buat selamanya. “Bukan masanya rakyat untuk `berubah angin’ kerana suasana dinikmati sekarang tidak akan sama dengan apa yang akan berlaku sekiranya kepimpinan negara diambil alih oleh orang lain. “Betapa nikmatnya hidup di Malaysia dengan pemimpinnya sentiasa mengambil berat soal hidup mati rakyat dan kita wajar berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang banyak melakukan perubahan melalui program transformasi. “Cara berterima kasih dan mengenang jasa pemimpin ulung itu dengan memilih Roslan pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, 6 Mac ini,” katanya pada majlis bertemu pengundi di kawasan Peti Undi Pengkalan Samak, di Kampung Kilang Berapi, di sini, malam kelmarin. Ketika ditemui selepas majlis itu, Shaziman berkata pembangunan dikecapi Melaka ketika ini jauh berbeza dengan negeri di bawah pakatan pembangkang, bukan saja dari segi kemajuan ekonomi, malah kemudahan infrastruktur. “Tidak guna kita menyokong mereka yang gagal membangunkan negeri seperti Kelantan. Justeru, pengundi jangan fikir langsung untuk mengundi PAS pada pilihan raya kecil ini kerana negeri yang mereka perintah pun gagal dibangunkan," katanya. Sehubungan itu, katanya pengundi wajar menolak pembangkang dan memberikan sokongan kepada BN bagi meneruskan kesinambungan pembangunan Melaka. |
Wednesday, March 2, 2011
Bukan masa Merlimau berubah angin
Label:
PRK MERLIMAU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment