Wednesday, March 2, 2011

Yuhaizad belum temui pengundi India


Yuhaizad belum temui pengundi India


2011/03/02
MERLIMAU: Calon PAS, Yuhaizad Abdullah berkata, beliau sudah bertemu hampir 60 peratus pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau setakat empat hari berkempen, semalam.

Beliau berkata, hanya kawasan Jasin Lalang majoriti pengundinya kaum India yang belum dilawati.
“Keyakinan saya untuk memenangi pilihan raya ini amat tinggi berdasarkan maklum balas yang diterima daripada penduduk tempatan,” katanya di Merlimau Baru di sini, semalam.
Yuhaizad memulakan kempennya semalam dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid Merlimau Pasir sebelum mengunjungi peniaga dan penduduk di bandar Merlimau.

Katanya, walaupun sibuk berkempen, beliau tetap cuba meluangkan masa bersama keluarga dan sentiasa menceritakan mengenai aktiviti kempen kepada isterinya.
“Saya tidur kira-kira jam 2 pagi dan bangun semula pada jam 5.30 pagi bagi memulakan tugas berkempen, " katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]