Jentera BN usaha jejak pengundi luar kawasan Oleh Rasid Rahaman, Amirullah Andi Nur, Nazura Ngah, Badrul Hizar Ab Jabar, Nurhasyima Hasim, Zanariah Abd Mutalib, Shukor Kasim, Amir Mamat, Saadiah Ismail, Hatim Abd Manan, Jaafar Neemat dan Razman Mohamad bhnews@bharian.com.my 2011/03/02 Gerakan kempen tumpu golongan atas pagar: Mohd Ali MERLIMAU: Jentera Barisan Nasional (BN) sudah menemui 80 peratus pengundi selepas kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau masuk hari keempat semalam, kata Pengarah Pilihan Raya DUN Merlimau BN, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Katanya, daripada jumlah itu, 20 peratus membabitkan pengundi atas pagar yang perlu diberi perhatian bagi memastikan mereka mengundi calon BN, Roslan Ahmad pada pilihan raya kecil 6 Mac ini. Beliau berkata, biasanya golongan itu menyebelahi BN, tetapi mereka sering membuat keputusan pada saat akhir kerana ingin menilai terlebih dulu cara jentera parti menjawab isu yang dibangkitkan pembangkang dalam kempen mereka. “Bila kita tanya (mengenai sokongan mereka), mereka kata ada empat hari lagi. Kalau kita boleh jawab dengan baik termasuk menyertakan data berkaitan, mungkin akhirnya mereka akan sokong kita. “Oleh itu, perhatian perlu terus diberikan kepada mereka bagi memastikan mere-ka menyebelahi BN," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas dengan jawatankuasa jentera Pemuda dan Puteri UMNO DUN Merlimau di Pusat Operasi BN di sini, semalam. Mengulas mengenai pengundi yang masih gagal ditemui, Mohd Ali berkata pihaknya sedang berusaha mengesan dan menghubungi pengundi terbabit yang dipercayai menetap di luar kawasan DUN Merlimau. “Kita masih belum jumpa kira-kira 20 peratus pengundi yang tinggal di luar DUN Merlimau. Alamatnya ada tetapi orangnya tidak diketahui lokasinya. Jadi, kita kena tanya lebih ramai orang bagi mengesan mereka termasuk mendapatkan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan rakan mereka," katanya. Ditanya mengenai perjumpaannya dengan jawatankuasa jentera Pemuda dan Puteri UMNO, katanya, pertemuan itu bertujuan mem-perkemaskan lagi strategi kempen kedua-dua jentera supaya lebih mantap. “Kita berjumpa untuk berbincang masalah dan isu berbangkit selain mengemas kini laporan kempen secara terperinci. Kita juga sudah membahagikan mereka yang terdiri daripada 1,110 jentera Puteri dan 1,142 jentera Pemuda mengikut zon dan peti undi. “Setiap seorang akan menjaga 10 pengundi. Melalui cara ini mereka dapat mengenali pengundi dengan lebih dekat dan mendalam,” katanya. Kita harap mereka turut bergerak dan mengambil kira pengundi Cina dan India," katanya. Beliau turut mengingatkan jentera BN supaya tidak leka dan mesti menemui pengundi sekerap mungkin termasuk sehingga hari mengundi dengan membantu mereka ke lokasi pengundian masing-masing. |
Wednesday, March 2, 2011
Jentera BN usaha jejak pengundi luar kawasan
Label:
PRK MERLIMAU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment