Wednesday, March 2, 2011

SPRM panggil Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka


SPRM panggil Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/03/02
Beri keterangan dakwaan penyelewengan bina kompleks MAIM

MERLIMAU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, kelmarin, bagi memberi keterangan berhubung dakwaannya mengenai penyelewengan pembinaan kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Selain memberi keterangan, beliau turut mengemukakan bukti bagi menyokong laporan yang dibuat beliau Rabu lalu termasuk penggunaan wang zakat negeri itu berjumlah RM13.85 juta bagi pembinaan kompleks berkenaan.
Adly berkata, beliau juga menyerahkan bukti berhubung penyerahan hak milik tanah di lot PT 83 daripada MAIM kepada kontraktor dilantik walaupun tempoh perjanjian sudah tamat dan penjualan Lot 105 dan 106 kepada pihak ketiga oleh kontraktor terbabit.

“Saya turut persoalkan mengapa MAIM tidak mengambil tindakan kepada kontraktor selepas gagal melaksanakan projek berkenaan, " katanya pada sidang media di sini, semalam.

Adly sebelum ini mendakwa kontraktor dilantik gagal membina kompleks MAIM dalam tempoh ditetapkan menyebabkan majlis itu terpaksa membangunkan sendiri kompleks berkenaan yang berjumlah RM13.85 juta menggunakan peruntukan wang zakat.

Sementara itu, PAS menafikan terbabit dalam pemasangan sepanduk yang tertera 'Undi PAS masuk syurga' pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, berkata pihaknya menemui empat sepanduk berkenaan termasuk dua sepanduk tertera 'PAS Melaka menyokong penuh fahaman pluralisme agama Dato' Seri Anwar Ibrahim' di Permatang Serai dan Merlimau Utara di sini, awal pagi semalam.

Ditanya mengenai kebenaran kenyataan itu kerana sebelum ini dikatakan pernah dibangkitkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, katanya, parti itu secara rasmi tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.

"Saya tidak tahu (mengenai kenyataan itu), kena tanya Nik Aziz," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]