Kalau di PRK Tenang dulu, boleh kata ikut isteri yang jadi calon, peliknya di PRK Merlimau ini, Maarof Abd Mutalib, suami kepada bekas calon PAS DUN Tenang Normala Sudirman pun naik pentas pembangkang juga.
Di Markas PAS As Solihin Merlimau Isnin malam, Maarof duduk atas pentas bersama penceramah-penceramah untuk kempen pilihanraya PAS di situ.
Sungguhpun beliau tidak ceramah, sebaliknya macam selalu setia mengiringi Normala berceramah yang jadi soalannya, esok (Selasa) tidak mengajar ke?
Selain itu, ada juga yang tanya, apa jadi dengan siasat kes menyalahgunakan sijil sakit untuk bercuti daripada tugasnya sebagai guru dan berkempen Tenang.
Semasa panas kempen di Tenang, Kementerian Pelajaran ada kata Maarof "Disiasat menggunakan peruntukan Pekeliling Kerajaan atau Peraturan Perkhidmatan Perintah Am B iaitu salah guna sijil sakit untuk bercuti daripada tugasnya sebagai guru”
Maarof sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila setia berkempen bersama isterinya sedangkan beliau bercuti sakit selama 21 hari menerusi sijil dikeluarkan klinik swasta di Labis bagi 6 dan 7 Januari sebelum Pusat Kesihatan Bandar Putra, Segamat memberinya cuti sakit mulai 10 hingga 28 Januari.
Semoga Kementerian Pelajaran cepat bertindak, supaya contoh buruk yang ditunjukkan segelintir guru tidak menjadi ikutan pada masa akan datang.