Ini baru politik kedai kopi…. Sesuatu yang menarik semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Merlimau Isnin adalah beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk ‘pekena’ kopi dan teh tarik. Bukan satu tapi dua kedai, mungkin sebab cuaca panas di Merlimau ini, jadi sambil jalan bertemu pengundi di Chin Chin, Muhyiddin singgah minum kopi dan sembang kosong. Kedai pertama yang dilawatinya, kedai nama Joo Mee, kecil sahaja, boleh muat 15 orang satu-satu masa. Tapi kalau ikut sejarahnya, ia dah dibuka sejak 60 tahun lalu. Taukenya, Ng Kim Hock,73, memberitahu Muhyiddin, kedai itu warisan daripada ibunya, dan dia memang orang asal Merlimau. “Saya ada lima anak lelaki, dua perempuan, tapi semua kerja di bandar. Saya meniaga dari kecil di sini, orang kampung semua kenal,” Antara perbualan Ng dengan Muhyiddin. Sebab acara minum kopi ini tidak ada dalam jadual, jadi masa hendak balik, Muhyiddin sendiri bayar minuman semua yang ada dalam kedai itu. “Tauke, ini minuman saya bayar, jangan susah-sasah,” katanya sambil selit duit di tangan Ng. “Ini orang banyak baik,” kata Ng kepada Agendadaily selepas Muhyiddin keluar untuk meneruskan lawatannya. Mana tauke tu tak teruja, ini kali pertama orang nombor dua negara duduk minum kopi di kedai beliau sambil tanya fasal keluarganya. Tidak lama kemudian, selang 10 kedai, Muhyiddin bersama isteri dan rombongan sekali lagi masuk ke warung, kali ini minum teh tarik di Noresah Kedai Kopi. Pemiliknya Zakaria Ali ,70, sudah berniaga di situ sejak tahun 1960 lagi. “Pak cik apa yang boleh saya tolong?” kata Muhyiddin. Jawab Zakaria, “Zink kedai saya ini lama dah, berlubang sana sini, kalau boleh hendak tukar zink baru…” katanya bersahaja. “Minta zink saja?” soal Muhyiddin membuatkan semua yang hadir ketawa. - 28/2/2011 |
Tuesday, March 1, 2011
Ini baru politik kedai kopi….
Label:
PRK MERLIMAU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment