Bagi yang berkenderaan dari Merlimau Inn menghala ke Politeknik, akan melalui satu jalan deretan rumah kedai yang cukup strategik berhampiran SJKC Merlimau. Di padang sebelah sekolah itu, ketika lawatan Perdana Menteri ke Merlimau tempoh hari 1000 masyarakat bukan Melayu berjaya dikumpulkan. Di deretan rumah kedai itu juga ada satu bilik gerakan DAP yang dibuka untuk bantu PAS. DUN Merlimau ada 2,225 pengundi kaum Tionghua, jumlah kedua terbesar selepas orang Melayu sebanyak 6,850 pengundi. Biasanya DAP akan all-out bantu PR kempen habis-habisan di kawasan bandar dan tempat orang Tionghua, tapi di Merlimau, ceramah di depan bilik gerakan DAP sendiri kehadirannya tak sampai 100 orang. Hingga hari keempat kempen, belum ada tokoh besar DAP yang turun. Kalau ada pun semua pergi ke kawasan Melayu. Kawasan Cina macam tak boleh masuk. Barangkali kerana tak dapat sambutan bilik gerakan DAP itu sendiri tutup awal. Jam 12.30 malam dah kunci grill dan tak ada sesiapa yang ‘melepak’ macam selalu. Kalau mood ini kekal, jangan terkejut PAS akan kalah besar pada 6 Mac ini. |
Thursday, March 3, 2011
Ceramah DAP tak dapat sambutan masyarakat Cina…
Label:
PRK MERLIMAU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment