Thursday, March 3, 2011

Kuarters guru…Ini jawapan untuk Yuhaizat….

 


Kuarters guru rumah isteri calon PAS tingkat satu sebelah kanan gambar

"Mana punya sekolah calon PAS ini?" kata seorang blogger semasa kami bersembang kosong di Pusat Operasi BN Merlimau.

Soalan itu boleh keluar bukan apa, apabila kami cerita fasal kenyataan Yuhaizat Abdullah, “Saya mencabar UMNO untuk buktikan kuarters dibina oleh UMNO," dalam sidang akhbar harian PAS.

Jika tidak, kata Yuhaizat, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ketika ditanya berkenaan cabaran calon PAS itu berkata, Yuhaizat seharusnya mengiktiraf usaha kerajaan menyediakan tempat tinggal kepada pegawai kerajaan.

"Itu bukanlah duit UMNO tapi beliau mesti faham kerajaan BN dibentuk dengan UMNO sebagai parti peneraju. Kalau tak mahu bersyukur atau berterima kasih pun tak apa, cuma saya harap dia iktiraf usaha kerajaan.”

“Beliau tinggal di kuarters yang bukan dibina oleh duit UMNO tapi itulah kuarters yang disediakan untuk guru dan kakitangan awam yang dibuat melalui kerajaan yang ditubuhkan oleh BN," katanya. - 2/3/2011

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]