Sunday, March 20, 2011

DARAH NASIB ANU WAR ?


Jerat lelaki Y?

Oleh BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Keengganan ketua pembangkang Anwar Ibrahim untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) terus menjadi perhatian.

Sejak minggu lalu, pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi mendesak beliau berbuat demikian.

Belum pernah Awang lihat gelombang masyarakat menuntut Anwar menyerahkan sampel DNAnya demi mencari kebenaran dan keadilan.

Anwar tidak perlu takut jika beliau bukan lelaki Y yang DNAnya dikenalpasti dalam kes perbicaraan liwat ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum ini, beliau enggan bersumpah laknat mengikut cara Islam dan kini menolak pula kaedah saintifik. Belum pernah sepengetahuan Awang ada pemimpin atau tokoh yang bersikap seperti Anwar.

Setakat ini, beliau masih belum menyahut cabaran banyak pihak walaupun ia kesempatan terbaik bagi membersihkan namanya. Ini bukan persoalan maruah beliau semata-mata. Ia juga melibatkan maruah keluarga dan seluruh ahli PKR. Tetapi Anwar tetap Anwar. Seperti biasa, beliau menggunakan taktik mengalihkan perhatian daripada isu sebenar. Isnin lalu, beliau membangkitkan mengapa tidak didesak Perdana Menteri, Najib Tun Razak agar menyerahkan DNA terlebih dahulu.

Beliau cuba mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibu yang tidak kena mengena dan di luar konteks sama sekali. Pun begitu. Najib tidak berdiam. Semasa di Sarawak semalam, beliau menyatakan kesediaan untuk menyerahkan sampel DNA. Menurut Najib tiada apa yang beliau perlu takutkan untuk berbuat demikian jika berada di pihak yang benar.

Jerat makan diri. Cubaan untuk mengenakan Najib mengundang tekanan lebih besar terhadap Anwar. Jika Najib berani, tiada sebab untuk Anwar gentar dan memberikan pelbagai alasan lagi. Janganlah jadi dayus. Melainkan jika Anwar sendiri merasakan beliau adalah orang yang dimaksudkan dengan misteri lelaki Y.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]