Hadi dicabar Oleh BISIK-BISIK AWANG SELAMAT Pas kini sibuk dengan mesyuarat peringkat cawangan di seluruh negara. Selepas cawangan, ia disusuli peringkat bahagian sebelum muktamar agung pada Jun nanti. Tumpuan utama adalah kepada pemilihan parti itu termasuk jawatan tertinggi. Awang mendapat tahu, selain jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan jawatankuasa pusat, jawatan Presiden juga kemungkinan menyaksikan pertandingan. Bibit-bibit ke arah pertandingan pucuk pimpinan boleh dirasakan bahangnya pada mesyuarat cawangan sekarang. Ramai ahli yang bimbang terhadap kemerosotan sokongan masyarakat Melayu kepada Pas. Kritikan terhadap para pemimpin atasan juga makin kuat kedengaran. Ramai yang menyalahkan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat kerana sudah menjadi liabiliti kepada parti. Mereka tidak boleh menerima pendekatan beliau yang mengikut rentak DAP dan PKR, yang menjadikan Pas tidak dominan. Tidak kurang juga yang kecewa dengan prestasi Pas di bawah pimpinan presiden sekarang, Hadi Awang. Menurut seorang pemimpin Pas yang menjadi sahabat Awang sejak dahulu, kemungkinan berlaku pertembungan bagi jawatan utama termasuk Presiden adalah besar. Bagi jawatan timbalan Presiden, sudah hampir pasti Nasaruddin Md. Isa akan dicabar oleh Mohamad Sabu. Sahabat Awang itu juga membayangkan sudah terbentuk dua puak dalam Pas pada musim mesyuarat cawangan. Satu yang menyokong Hadi, yang jumlahnya masih besar. Satu lagi yang pro Nik Aziz, yang walaupun lebih kecil saiz sokongan namun tidak boleh dipandang ringan pengaruhnya. Sebab itu, sudah ada suara di kalangan pemimpin Pas yang mahu Nik Aziz mencabar Hadi. Awang tidak fikir Tok Guru akan berbuat demikian walaupun mendapat desakan penyokongnya. Nik Aziz sendiri makin uzur dan jatuh popularitinya. Namun jika ia terjadi, persaingan pasti sengit. Beliau bukan sahaja akan ditentang oleh Nik Aziz dan penyokongnya di dalam Pas malah tangan-tangan di luar parti itu - DAP dan PKR yang diketahui lebih hebat sumber mereka. |
Sunday, March 20, 2011
NIK AJIS BAGAIMANA?
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment