Sunday, March 13, 2011

DI ANTARA KUASA RAKYAT DAN PERMAINAN PEGUAM TERSOHOR

Hari ini negara di kejutkan dengan beberapa siri demontrasi di seluruh negara mendesak anuwar menyerahkan DNA sebagai tuntutan untuk mencari kebenaran yang ingin di ketahui oleh rakyat. Rakyat semakin hari semakin muak dengan permainan politik yang tidak berkesudahan tanpa memikirkan kepentingan negara dan pada hari ini rakyat bangkit mendesak dan menyatakan pendirian supaya mahkamah membuat pertimbangan supaya perkara ini di selesaikan segera. Kalau di Mesir rakyat bangkit menentang pemerintah yang di katakan zalim manakala di negara kita rakyat bangkit menentang pemimpin yang berbohong.
Rakyat juga sedang melihat permainan peguam-peguam tersohor yang merupakan pengerak utama parti pembangkang. Tambahan pula mereka terdiri daripada peguam bukan muslim yang melibatkan kes syarie seorang islam. Persoalan juga timbul kemana perginya hj Sulaiman Abdulah, Kamar Ainah Kamarulzaman dan Zulkifli Nordin yang menjadi peguam Anuwar dalam Kes terdahulu?. Inilah antara persoalan yang timbul di dalam fikiran rakyat yang ingin perkara ini menjadi kebenaran.
Kebenaran ini yang sedang di cari rakyat dan saya percaya sekiranya setelah Anuwar menyerah DNA nya dan di dapati DNA tersebut tidak sama dengan DNA yang ada di dalam dubur Saiful. Saya percaya rakyat akan bangkit mempertahankan Anuwar dan menentang segala kezaliman yang di lakukan terhadap Anuwar atas nama kebenaran. Anuwar perlu membuktikan perkara ini kepada rakyat tanpa berdolak-dalik lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]