PPUBJ : Masih lagi dalam keadaan selesa, YB Naib Presiden dah banyak kali ingatkan bahagian dan cawangan tapi masih lagu lama... KUALA LUMPUR, 13 Mac – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta anggota parti itu dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya terus meningkatkan usaha mendampingi rakyat dan meningkatkan jumlah pengundi. Beliau berkata mereka perlu menarik kira-kira empat juta orang yang layak supaya mendaftar sebagai pengundi dan tidak hanya meletakkan tanggungjawab itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Selaku anggota parti, ia (mendaftar pengundi baru) harus digerakkan kerana ini boleh membantu kita dari segi menguatkan perjuangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan cawangan-cawangan Umno berkelompok bahagian Selayang di sini, semalam. Beliau berkata setakat ini jumlah anggota Umno adalah 3,248,228 orang dan masih terdapat seramai 478,017 yang belum mendaftar dengan SPR. Mengulas mengenai persediaan BN menghadapi pilihan raya umum ke-13, Mohd Shafie berkata semua anggota Umno dan parti komponen harus dalam keadaan siap siaga dan sentiasa mendekati rakyat. Beliau juga meminta anggota Umno supaya mengikis sifat pentingkan diri sebaliknya lebih mendahulukan parti. “Kita sedar dan tahu sekiranya kita berpegang kepada kepentingan parti, maka kekuatan parti itu akan dapat dijayakan. Tidak ada makna kalau kita hanya mementingkan jawatan dan kuasa tetapi kita alpa, yang penting kuasa untuk bolehkan kita meningkatkan sokongan parti,”katanya. 1.2 Juta Anggota BN Masih Belum Daftar Sebagai PengundiMUAR, 26 Feb – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu usaha diperhebatkan bagi memastikan kira-kira 1.2 juta anggota parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Umno berdaftar sebagai pengundi yang sah. Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno berkata adalah amat merugikan kepada Umno dan BN kerana anggotanya yang tidak berdaftar sebagai pengundi, tidak akan dapat membantu parti pada pilihan raya kelak. “Daripada 1.2 juta anggota BN yang gagal mendaftar sebagai pengundi, 420,000 adalah anggota Umno,” katanya ketika merasmikan serentak persidangan tahunan Umno Cawangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Pekembar, Pagoh hari ini. Bagaimanapun, katanya jumlah anggota Umno yang masih gagal mendaftarkan diri sebagai pengundi telah berkurangan berbanding 600,000 anggota yang gagal berbuat demikian pada tahun lepas. Timbalan Perdana Menteri mahu jentera Umno di peringkat cawangan menggerakkan jentera mereka untuk memastikan lebih ramai anggota parti didaftarkan sebagai pengundi. Beliau juga mahu usaha dilakukan di peringkat cawangan untuk menambah anggota Umno. Selain itu, Muhyiddin berkata Umno perlu meningkatkan usahanya untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat, bukan sahaja dengan cepat tetapi dilakukan secara berterusan untuk memastikan masalah terbabit tidak dijadikan isu pada pilihan raya kelak. Timbalan Perdana Menteri turut mengulangi gesaannya yang mahukan perubahan di dalam Umno dilakukan dengan pantas dan selari dengan aspirasi serta kehendak setiap peringkat rakyat. Sementara itu, beliau turut mengumumkan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jorak, Datuk Dr Shahruddin Mohd Salleh sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Parlimen Pagoh. Selain DUN Jorak, kawasan Parlimen Pagoh turut meliputi DUN Bukit Serampang. |
Monday, March 14, 2011
DAFTAR PENGUNDI PRU 13 : MASIH RAMAI AMBIL RINGAN....
Lipatgandakan Usaha Daftar Pengundi
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment