SPR perlu RM45j urus pilihan raya Sarawak misiah@bharian.com.my 2011/01/30 Perbelanjaan meningkat RM15 juta berbanding sebelum ini KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memerlukan peruntukan lebih RM45 juta untuk mengendalikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang dijangka diadakan April atau Mei ini, meningkat kira-kira RM15 juta berbanding kos mengendalikan PRN ke-9 pada 2006. Ini bagi menampung pelbagai kos, termasuk menyewa 20 helikopter, dua pesawat kecil, kira-kira 50 bot laju, 2,300 kenderaan pacuan empat roda dan lebih 1,000 perahu, selain menampung kos pembayaran elaun petugas pilihan raya yang akan turut dinaikkan pada tahun ini. Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah bagaimanapun berkata, jumlah sebenar elaun bagi petugas SPR belum diputuskan setakat ini. Berdasarkan daftar pemilih terkini, seramai 970,436 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRN Sarawak ke-10, meningkat 77,899 pengundi berbanding hanya 892,537 pemilih berdaftar pada 2006. Dari segi persiapan katanya, semua persiapan sedang rancak dilakukan, namun tarikh bagi mengadakan latihan kepada petugas pilihan raya belum ditetapkan. “Kita tunggu pilihan raya kecil Merlimau dulu, barulah kita dapat tetapkan tarikh latihan untuk petugas dan taklimat berkaitan,” kepada Berita Harian. Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada 2006, BN memenangi 62 daripada kerusi itu, enam kerusi dimenangi DAP, masing-masing satu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bebas dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Namun Dr Johnicol Rayong yang menang di DUN Engkelili atas tiket SNAP pada 2006 kini sudah menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - parti komponen BN kedua terbesar di Sarawak, manakala Gabriel Adit Demong yang menang atas tiket Bebas di kerusi Ngemah pada 2006, menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM). Sementara itu, jumlah calon yang bakal bertanding pada PRN Sarawak ke-10 juga dijangka jauh lebih banyak berbanding 2006, dengan beberapa parti baru yang belum diluluskan pendaftarannya juga sudah mengesahkan akan meletakkan calon untuk bertanding. Ini termasuk Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS) yang sudah mengumumkan mahu bertanding di semua 71 kerusi, selain PCM yang belum mengumumkan jumlah calonnya. Pada 2006, 158 calon bertanding dalam PRN Sarawak, terdiri daripada 71 calon BN, SNAP (29 calon), PKR (25), DAP (12), Pas (1) dan Bebas (20) |
Sunday, March 20, 2011
INFO PRN SARAWAK
Label:
PRN SARAWAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment