Monday, March 14, 2011

INGATAN KEPADA PEMIMPIN AGAR TURUN PADANG.


Turun padang selesai masalah biarpun isu remeh - Ali Rustam

MELAKA 13 Mac - Ahli UMNO di negeri ini khususnya di cawangan Parlimen Bukit Katil dikehendaki memulakan program turun padang bagi menguatkan persediaan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha mendekati pengundi khususnya pengundi Cina dalam bandar perlu dimulakan sekarang bagi mendapatkan keyakinan golongan itu menyokong BN.

Menurutnya, pengalaman menghadapi Pilihan Raya Kecil Merlimau baru-baru ini wajar dijadikan rujukan oleh sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum nanti.

''Kita semua harus kerja keras dengan membuat lebih banyak program turun padang dan melawat setiap rumah pengundi di kawasan masing-masing.

''Tidak kira sama ada ia kampung orang Cina, India atau kampung Melayu, kita semua harus turun padang dan selesaikan apa jua masalah yang timbul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan Dalam UMNO Bahagian Bukit Katil, di sini semalam.

Menurut Mohd. Ali, tumpuan turun padang dan berjumpa pengundi perlu diperluaskan ke kawasan terpencil termasuk ke kawasan Solok yang kurang penduduk.

''Kita dapati apa yang kita buat untuk rakyat sama ada bina universiti di Ayer Keroh atau dimana-mana sebenarnya usaha itu bukan sahaja menentukan undi untuk BN.

''Kita kena mula turun padang selesaikan masalah yang dihadapi secara individu walaupun isu yang ditimbulkan agak remeh seperti tiada lampu jalan, kekurangan kemudahan asas tetapi inilah yang menentukan undi BN," kata beliau.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, apa sahaja masalah yang ditimbulkan oleh pengundi biarpun ia isu remeh perlu diberi perhatian dan ditangani secara berkesan.

Katanya, program turun padang dan mendekati pengundi perlu digerakkan sekarang sesuai dengan momentum kemenangan besar BN mengekalkan kerusi pada pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau baru-baru ini.

''Jangan segan atau malu untuk bertemu dengan pengundi ini khususnya kaum Cina di bandar, kita dekati mereka dan cuba tawar bantuan untuk selesaikan apa sahaja masalah yang mereka hadapi," kata beliau.

Kata beliau, bagi menarik bilangan undi baru kepada BN, pihaknya telah mengenal pasti projek pembangunan baru untuk dibangunkan untuk kemudahan golongan muda antaranya pembinaan kem wataniah di Sungai Putat di sini tidak lama lagi.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]