Tuesday, March 15, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Pada malam ini terdetik menonton filem epik yang menjadi bualan di kalangan masyarakat dan tidak menghampakan bahawa filem ini di luar daripada kebiasaan filem-filem melayu. Kecantikan filem bukan terletak pada jalan cerita yang ringkas dan kemas di samping teknik perfileman yang luar dari kebiasaan filem melayu.
Pada pandangan saya yang lebih penting untuk di lihat dalam filem ini adalah perkara yang tersirat cuba di ketengahkan dalam filem ini. Epik yang memperlihat sejarah kekuatan orang melayu yang sentiasa menjadi pelindung dan penyatu kepada bangsa-bangsa besar di dunia sejak berkurun lamanya. Kelemahan orang melayu juga di ketengahkan dalam filem ini di mana perpecahan dan pertelingkahan sesama sendiri juga penyebab utama keruntuhan tamadun melayu sehingga di jajah lebih dari 450 tahun.
Filem ini amat sesuai untuk di tonton oleh generasi muda dan boleh di jadikan iktibar oleh semua bangsa bahawa tanah ini asalnya milik melayu tapi atas takdir itu, kita perlu berkongsi bumi ini bersama dan sebagai pewaris tanah bertuah ini kita perlu bulatkan tekad di mana bumi di pijak di situlah langit di junjung. Syabas KRU, Malaysia Boleh
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]