Baru-baru ini Perdana Menteri baru sahaja mengadakan "PERTEMUAN" dengan ahli-ahli Parlimen. Pertemuan tersebut adalh bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah pencapaian dan masalah yang dihadapi oleh Ahli Parlimen ketika menguruskan kendalikan kawasan dan pengundi masing-masing.Tahniah kepada YAB kerana dapat mengadakan satu makenisma penilaian yang jitu. Ini selaras dengan gagasan beliau, 1 Malaysia, Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan. Sudah pasti ada yang berjaya mengharunginya malah tidak kurang juga yang gagal untuk memenuhinya. Bagi yang berjaya sudah pasti beranggapan bahawa masa depan dan survival mereka dalam politik masih cerah dan yang gagal pula bersedialah untuk berundur atau diundurkan. Namun dalam konteks ini YAB PM masih lagi mahu mengetahui sebab sebab kegagalan seseorang ahli Parlimen. Sama ada sebab sebab yang tidak dapat dielakkan atau pun memang salah sendiri. Realiti politik kini menagih seseorang ahli Parlimen yang bukan sahaja membuat undang-undang, dasar malah turut juga menuntut mereka untuk turun padang melihat, mendengar dan menyelesaikan permasalahan pengundi. Bagi ahli Parlimen yang menjawat jawatan menteri, ini bukan satu tugas mudah. Tapi bila dah jadi ahli politik, maka itulah tugasan yang wajib di pikul dan ditunaikan. Ini pasti menuntut seorang ahli Parlimen bukan sahaja mempunyai kredibiliti malah kekuatan fizikal yang mampan. Tentu bagi yang berumur 40 an tiada masalah tapi yang lanjut usia, mungkin dapat bertahan untuk satu tempoh yang pendek sahaja. Dalam marathon mereka mungkin ada nafsu tapi tiada ketahanan fizikal dalam jangka panjang. Namun masih ada juga masih 'berminat' untuk terus menyumbang kepada parti. Tidak salah jika ada perasaan begitu, cuma ianya boleh disalurkan dengan pelbagai cara. Terimalah hakikat, masa kita jadi pengikut kita boleh menerima kepimpinan individu lain, begitu juga bila kita dijadikan pemimpin, ada juga individu lain yang ingin menyumbang juga. Sikap untuk menongkat jawatan walaupun dah tak ada upaya patutnya di ketepikan. KINI sampai masanya ahli Parlimen menoleh ke belakang adakah dalam masa 3 tahun selepas Tsunami 2008 telah ditunaikan atau masih lagi retorik sahaja. Kerana kini pengundi sudah pandai menilai ahli parlimen mereka. Put your stuff here |
Tuesday, March 15, 2011
KPI : MASIH ADA AHLI PARLIMEN YANG GAGAL?
Label:
KPI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment