Yayasan Selangor defisit...apa habaq Tuan Penasihat Ekonomi?... Ramai kawan yang dok melabun di kedai kopi terkejut dengan laporan audit Yayasan Selangor menunjukkan badan yang ditubuhkan untuk bantu pelajar miskin dapat pendidikan itu mengalami defesit RM7.41juta. Ini kerana ada cakap-cakap semasa BN serah kerajaan Selangor kepada PR, duit dalam yayasan itu “puluh juta”. Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Noh Omar cabar kerajaan Selangor dedahkan berapa, kerana katanya ada yang dakwa masa BN serah duit dalam akaun RM67 juta. Menteri Besar Khalid Ibrahim dakwa laporan audit itu bukti ketelusan kerajaan Selangor. Kata seorang kawan, jangan lupa bukan kerajaan negeri sahaja nak audit akuan Yayasan Selangor untuk tunjuk depa telus. Pekong dalam Yayasan Selangor mula pecah ekoran keengganan Sultan Selangor hadir ke majlis ulang tahun ke 40 yayasan. Kawan-kawan semua tau sebabnya Baginda tak mau pi. Tak lain tak bukan membazir le. Kawan yang memang jenis suka sejarah itu kata kita semua jangan lupa, cam mana reaksi MB Khalid Ibrahim apabila UMNO Selangor dedahkan perbelanjaan untuk anjur majlis tersebut hampir RM800 ribu. Khalid melenting dan dakwa hanya melibatkan perbelanjaan RM300 ribu. Lepas tu biasa le cabar-mencabar. Khalid cabar UMNO Selangor keluarkan bukti dan logik perbelanjaan sebanyak RM800 ribu, manakala UMNO Selangor pula minta Khalid keluarkan catatan invois serta rekod akaun perbelanjaan berjumlah RM300 ribu, sebagaimana yang didakwa. “Dua-dua salah kerana laporan audit mengesahkan perbelanjaan sebenar berjumlah RM996,472 itu termasuklah penganjuran pertandingan memancing (RM178,200), pembelian cenderahati dan pakaian (RM206,040), pembelian 10,000 naskhah Al-Quran (RM225,000), serta majlis Jamuan Makan Perdana (RM387,232)” kata beliau sambil tunjuk laporan yang disiarkan sebuah akhbar itu. Sebab itu apabila kecoh-kecoh bab Yayasan Selangor ini, dengar cerita mata rakyat negeri itu tertumpu kepada Penasihat Ekonominya... yang bergaji seringgit tu. “Hang rasa malu tak muka Anwar, masa dia jadi penasihat ekonomi, Yayasan Selangor yang tak pernah kering duit dulu, sekarang defisit?” tanya seorang kawan. “Malu apanya, dia nanti control macho ...buat kering kontang macam tak ada hal...ataupun salahkan UMNO balik…”jawab kawan lain menyebabkan semua ketawa. Kawan: Penasihat two dollar company /td> |
Saturday, March 26, 2011
JANGAN GANGGU, TENGAH..........AH......AH......
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment