Anwar perlu beri DNA jika mahu jadi PM – Zulkifli KUALA LUMPUR 16 Mac – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada kedudukan terbaik dan jalan singkat yang sebenarnya dalam merealisasikan ‘hajat’ beliau menjadi Perdana Menteri dan menawan Putrajaya. Menurut beliau, jalan berkenaan adalah dengan memberikan DNAnya berhubung kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu bagi mencari kebenaran dan keadilan untuk kedua-dua pihak. “Anwar menyatakan perkara itu dirancang, tetapi oleh siapa kita pun tidak tahu. Keduanya, kalau Anwar dakwa yang DNA ‘lelaki Y’ bukan dia, senang sahaja jawapannya... berilah. “Sebenarnya, ini peluang terbaik Anwar membuktikan kesuciannya, jadi beri sahaja DNA, apa yang masalah besar sangat. Ini soal mahu menentukan bersalah atau tidak,” katanya kepada UMNO-Online hari ini. Zulkifli seterusnya berpendapat, kalau terbukti yang DNA Anwar tidak sama dengan DNA lelaki Y, ia boleh menumbangkan Barisan Nasional (BN). “Itu terjadi kerana orang akan hilang kepercayaan kepada kerajaan. Lagipun bukankah Anwar bercita-cita besar untuk jadi Perdana Menteri. Ini peluang terbaik beliau, kalau beliau betul, persoalannya, kenapa tidak berani. “Sikap Anwar ini menimbulkan satu persepsi yang tidak baik menyebabkan rakyat memandang negatif terhadap beliau,” katanya. |
Thursday, March 17, 2011
KATA NAK JADI PM ! KENALAH HORMATI UNDANG-UNDANG.
Label:
ISU DNA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment