Thursday, March 17, 2011

PKR MENDOMINASI KERUSI DUN SARAWAK



Snap patut keluar pembangkang

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Mac - Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) sepatutnya keluar daripada gabungan pembangkang di Sarawak setelah mereka hanya diberikan tiga kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-10 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof berkata, ia berikutan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan 52 calon mereka tanpa melakukan rundingan dan mendapat persetujuan dari parti pembangkang lain termasuk Snap.

Menurutnya, ia jelas menunjukkan Snap sebagai sebuah parti tempatan di Sarawak tidak diterima oleh PKR yang hanya menegakkan dasar perjuangan mereka semata-mata.

"Justeru, rakyat Sarawak perlu sedar dan menolak pembangkang di negeri itu kerana mereka sebenarnya tidak boleh memimpin setelah tidak boleh bersetuju walaupun pada soal pokok dan mempunyai dasar perjuangan yang berbeza," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Snap, Edwin Dundang semalam bahawa parti berkenaan tidak menolak kemungkinan untuk meninggalkan pembangkang di Sarawak.

Snap bakal bertanding secara sendirian dan berkemungkinan meletakkan sehingga 40 calon pada pilihan raya itu nanti.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memberitahu, beliau yakin tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Petra Jaya akan mengekalkan kerusi itu untuk BN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, ini kerana wakil rakyat sedia ada di kawasan itu telah bekerja keras untuk rakyat sepanjang waktu dan tidak hanya menunggu sementara pilihan raya negeri diadakan.

"Hanya BN sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan sebagai dasar perjuangan PBB dari dahulu lagi, kita akan terus bekerja keras demi kepentingan dan kebajikan rakyat di Sarawak," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]