Mengenai tol, pada PRU lalu, BN tidak berani menjanjikan untuk menghapuskan tol sama sekali tetapi beberapa perkembangan yang berlaku selepas PRU 2008 menunjukkan kerajaan BN akan melakukan apa yang difikirkan mampu dilaksanakan untuk rakyat supaya wujud suasana menang-menang. Rakyat senang dan kerajaan pula tidak bankrap. Dalam isu tol ini, pujian harus diberi kepada BN kerana prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pengguna. Antara keputusan kerajaan BN mengenai tol ialah memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) arah Kuala Lumpur berhampiran Kampung Dato' Harun pada 13 Februari 2009. Sebelum pemansuhan, penduduk terpaksa membayar tol RM1.60 setiap kali berulang alik dari rumah menghala ke Kuala Lumpur sejak April 2004. Ini diikuti pemansuhan kutipan tol untuk kedua-dua arah di Plaza Tol Salak Jaya, Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) bermula 24 Februari 2009. Tol sehala sebanyak RM1.30 dikenakan sejak Mei 1999. Berkuat kuasa 1 Ogos 2010 pula, pengguna Linkedua di Gelang Patah, Johor menikmati pengurangan kadar bayaran tol sebanyak 30 peratus. Pada 18 Februari, kadar tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2) Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) dekat Kampung Medan, Petaling Jaya dikurangkan daripada RM1.60 kepada RM1 Dan mulai Mei ini, kerajaan BN akan menamatkan konsesi tol Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur. Kerajaan BN juga mengumumkan tiada kenaikan tol untuk tempoh lima tahun akan datang bagi Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1. Semuanya ini tidak dijanjikan dalam PRU tetapi dilaksanakan untuk rakyat. Terima kasih BN! |
Wednesday, March 16, 2011
KERAJAAN BN KOTAKAN JANJI.
Label:
ISU TOL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment